Resepi Biskut Lapis Cheese Hanya 10 Minit Untuk Disediakan

34812
Sedapnya menikmati biskut lapis cheese yang berkrim dan paling penting, ianya mudah disediakan dan siap dalam masa tidak sampai 10 minit pun untuk sediakan.
Sedapnya menikmati biskut lapis cheese yang berkrim dan paling penting, ianya mudah disediakan dan siap dalam masa tidak sampai 10 minit pun untuk sediakan.

Terima kasih mengunjungi dari dapur yang memaparkan resepi mudah di hujung jari. Kali ini jom tengok cara buat biskut lapis cheese gaya mudah . Resepi yang mudah untuk anda cuba tetapi rasa yang sangat lazat .

Bahan – bahan yang diperlukan untuk membuat biskut lapis dengan cheese ini simple dan boleh diperolehi dari mana-mana pasaraya. Anda hanya perlukan 250gram cream cheese atau cheddar cheese yang diparut , setengah tin susu pekat manis apa-apa jenama , sebungkus biskut keping atau biskut tiramisu yang rangup atau apa-apa biskut yang akak boleh dapat. Jangan lupa ye nestum/oat secukupnya untuk tambahkan rasa berkrim untuk resepi biskut lapis cheese ini.

Cara membuat resepi mudah ini untuk hidangan atau bekal anak -anak ke sekolah pula seperti ini.

1. Sebatikan campuran cream cheese tadi dengan setengah tin susu pekat manis sehingga betul-betul menjadi sebati.

2. Alaskan aluminium foil ke dalam bekas dan akak susun biskut cheese atau biskut tiramisu , lapiskan dengan campuran cheese dan susu tadi dan taburkan sekata nestum atau oat. Ulang langkah sehingga semuanya siap untuk jadikan rasa biskut cheese ini sedap dan berkrim.

3. Jangan ketuk atau hentak bekas untuk elakkan menjadi terlalu padat . Bila dah siap, akak simpan dalam peti ais untuk semalaman dan boleh di makan keesokkan pagi atau dibawa bekal anak-anak ke sekolah.

Siap dah resepi biskut cheese tadi. Senang dan tidak memerlukan masa yang lama kan .

Untuk pelbagai resepi kami yang lain, akak boleh tengok di kategori resepi di mana ada resepi kek , puding , roti dan biskut raya untuk 2015. Memang semuanya lengkap kami sediakan untuk kakak-kakak semua.

Jangan lupa like facebook pages kami di facebook. Tekan sebelah atas untuk share resepi ini kepada kawan-kawan ye.