Biskut Raya 2016 – Biskut Cornflakes Badam Rangup

45326
Resepi baru yang senang.Biskut Raya 2016 - Biskut Cornflakes Badam Rangup. Memang menjadi fav kami . Jom kita buat untuk raya nanti. Klik untuk baca ya.
Resepi baru yang senang.Biskut Raya 2016 - Biskut Cornflakes Badam Rangup. Memang menjadi fav kami . Jom kita buat untuk raya nanti. Klik untuk baca ya.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur . Resepi Biskut Raya 2016 – Biskut Cornflakes Badam Rangup kali ini menjadi pilihan untuk kami siarkan bagi membantu akak membuat biskut yang rangup dan sedap ini taw. Jom tengok resepi biskut raya ini.

Resepi Biskut Raya 2016 – Biskut Cornflakes Badam Rangup ini memang sesuai untuk dijadikan hidangan biskut raya nanti disebabkan rasa nya yang rangup dan menarik perhatian ini taw.

Bahan – Bahan Biskut Cornflakes Badam Rangup – Resepi Biskut Raya Untuk 100 biji biskut

1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
3/4 sudu kecil baking powder
2 cawan setengah cornflakes yang belum dihancurkan
3 sudu besar badam yang telah dihancurkan. ( bakar dalam oven 5 minit pada suhu 160’C , dan blender kering 70% hancur atau cincang )
150 gram butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji kuning telur sahaja Gred A
1/2 cawan cornflakes yang telah hancur diramas

Cara Penyediaan Biskut Cornflakes Badam Rangup Biskut Raya

Pertama , tepung jagung , gandum dan baking powder dicampurkan dan diayak terlebih dahulu . Ketepikan seketika. Ambil cornflakes yang belum hancur dan hancurkan lebih kurang 40-50% kadar hancur. Ketepikan seketika.

Kedua ,  menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana , pukul butter , gula kastor sehingga sebati dna warna bertukar menjadi putih . Selepas itu masukkan lagi kuning telur dan teruskan pukul sehingga menjadi sebati. Masukkan pula sedikit demi sedikit campuran tepung tadi , badan hancur dan juga cornflakes pada langkah pertama tadi. Kacau sebati menggunakan spatula kayu. Jangan risau jika adunan menjadi lembik. Itu normal.

Ketika , panaskan oven pada suhu 170’C selama 15 minit. Ambil adunan dan bulatkan adunan mengikut size yang anda suka , selepas itu , tekan adunan agar menjadi leper dan celup serta gaul adunana yang leper tadi ke dalam cornflakes hancur. Selepas itu barulah disusun ke atas dulang pembakar. Bakar selama 15 minit pada suhu yang sama iaitu 170’C.

Memang senang kan ? Biskut yang masak dibiarkan sejuk dan disimpan dalam bekas kedap udara untuk bertahan lebih lama.

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Biskut Raya Red Velvet
Resepi Biskut Coklat Chip

Resepi Biskut Snow Almond

Resepi Biskut Kacang
Resepi Biskut Arab Gebu

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom