3 Resepi Biskut Raya Moden Sedap Yang Boleh Anda Cuba Tahun Ini

14622
Memanng sedap-sedap semuanya 3 versi resepi biskut raya moden tahun ini yang diberikan. Boleh la buat untuk tambah pada biskut raya tradisi.Menarik dan tertarik

Memandangkan banyak dah biskut raya yang kami berikan dalam artikel sebelum ini, kali ini kami berikan resepi biskut raya moden untuk anda tambah lagi dalam balang biskut raya.Memang rambang mata tetamu tengok koleksi biskut raya yang disediakan dan tangan pun laju untuk mencuba.

Versi 1 Biskut Raya Moden : Biskut Sagu Keju

Biskut ini asalnya dari negara seberang iaitu Indonesia. Dicuba oleh Puan Aznie Khasri. Memang menarik dan menggiurkan. Jom kita tengok.

Bahan Resepi Biskut Sagu Keju :

  • 400 gram tepung ubi yang siap disangai dengan daun pandan
  • 200 gram mentega
  • 2 biji kuning telur
  • 130 gram gula halus
  • 65ml santan kara
  • 150 gram cheddar cheese diparut
  • 2 sudu makan susu tepung

Tips : Sangai 450 gram tepung dengan daun pandan, lepas siap,baru timbang 400 gram. Nak tau tepung dah boleh angkat ke tak, tengok daun pandan sedikit kering. Boleh guna acuan biskut semperit yang masukkan dan tekan untuk mudahkan kerja.

Memanng sedap-sedap semuanya 3 versi resepi biskut raya moden tahun ini yang diberikan. Boleh la buat untuk tambah pada biskut raya tradisi.Menarik dan tertarik

Cara Penyediaan Resepi Biskut Keju :

#1: Pukul gula halus dan mentega sebentar sahaja untuk sebati dan masukkan kuning telur, santan kara. Gaul dengan spatula atau senduk kayu je yang ni.

Masukkan setengah parutan cheese, susu tepung dan tepung ubi gaul rata dengan menggunakan spatula. Masukkan adunan doh dalam penekan.Tekan ke atas dulang pembakar.Hias permukaan dengan baki parutan cheese.

#2: Sambil tekan tadi panaskan oven 10 minit. Baru masukkan dulang pembakar dan bakar pada suhu 150’C selama 30 minit guna api atas bawah.Ubahsuai sedikit ikut oven anda. Siap.

Versi 2 Resepi Biskut Raya Moden ialah Biskut Casablanca Delight Pelangi oleh Puan Zura Zura.

Sebelum ni tercari-cari nama biskut 🍪 ni..makan sedap tp xtau namanya…alahai😄😄akhirnya jumpa juga…casablanca delight pelangi

Bahan A :

  • 250 gram marjerin jenama buttercup
  • 40 gram shortening
  • 130 gram gula kastor

Bahan B :

  • 60 gram nestum – panggang dan kisar kasar
  • 60 gram oat- panggang dan kisar
  • 30 gram serbuk badam
  • 40 gram bijan hitam

Bahan C :

  • 50 gram tepung jagung
  • 20 gram tepung beras
  • 300 gram tepung gandum

Bahan Hiasan :Boleh guna kuning telur bersama coklat rice atau ceri merah ikut pilihan.

Memanng sedap-sedap semuanya 3 versi resepi biskut raya moden tahun ini yang diberikan. Boleh la buat untuk tambah pada biskut raya tradisi.Menarik dan tertarik

Cara Buat Resepi Biskut Raya Moden Ala Arab Ni :

#1: Masukkan bahan A kemudian bahan B dan uli sebati. Masukkan ketiga- tiga tepung (Bahan C) sedikit demi sedikit sehingga doh selesa dipegang kemudian canai menjadi kepingan nipis.

Terap dgn acuan yg dikehendaki dan sapukan kuning telur dan hias colour rice.Panaskan oven 10 minit dan bakar pada suhu 150’C selama 30 minit atau sehingga kekuningan. Sesuaikan oven anda sedikit ea.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Arab Sedap Dah Macam Nasi Arab Shah Alam Power Dia

Sedikit tips untuk anda. Jika mahukan rasa biskut casablanca yang rangup, canai sedikti nipis untuk jadikan biskut bertambah garing. Kalau anda mahukan rasa gebu sedikit, boleh guna marjerin buttercup separuh dan guna pure unsalt butter separuh. Terpulang pada citarasa anda ea.

Versi 3 Biskut Raya Moden Untuk Anda ialah Biskut Tart Nyonya

Hasil air tangan daripada Puan Amie Samuri .Memang cantik dan menarik khas untuk anda cuba tau. Geram tengok bulat-bulat cantik.

Bahan Resepi Tart Nyonya :

  • 300 gram tepung gandum ( Sediakan lebih sedikti untuk di tambah sikit2 jika doh masih lembik )
  • 4 sudu makan membukit tepung jagung untuk rasa rangup
  • 1 sudu makan tepung kastard
  • 2 sudu makan susu tepung nespray/anlene atau ikut pilihan anda
  • 2 sudu makan minyak sapi atau minyak jagung
  • 200 gram marjerin buttercup
  • 1/2 sudu teh esen vanilla ‘
  • 1 sudu makan gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit pewarna kuning

Untuk jem nenas pula, oleh kerana kami tahu anda penat, jadi guna sahaja jem nenas yang dijual di kedai bakeri. Ada macam-macam harga dan kualiti. Nak sedap, pilih la yang premium.

Cara Penyediaan Resepi Biskut Tart Nyonya :

#1: Mix butter, minyak sapi dan icing sugar hingga gebu. Masukkan telur dan mix lagi. Masukkan bahan lain dan kali ini mula menguli dengan tangan hingga jadi doh yang lembut dan mudah diterap. Tepung gandum boleh tambah sikit-sikit jika adunan masih lagi lembik walau guna 300 gram dah.

Memanng sedap-sedap semuanya 3 versi resepi biskut raya moden tahun ini yang diberikan. Boleh la buat untuk tambah pada biskut raya tradisi.Menarik dan tertarik

Masukkan dalam penerap atau anda nak canai dan tekap ke itu pilihan sendiri. Terap ikut saiz dikehendaki dan letak jem nenas yang siap digentel ikut saiz 1 sudu teh atau saiz pilihan. Untuk bahan hiasan,kalau rajin boleh canai dan terap baki doh dengan acuan kecil atau tak nak letak pun takpe.

#2: Panaskan oven 10 minit dahulu sebelum bakar tart nyonya dengan suhu 170’C selama 20-25 minit guna api atas bawah atau sehingga bahagian bawah tart boleh ditolak. Sesuaikan oven anda sedikit ea.

Dah siap simpan dalam bekas kedap udara. Tujuan saya beritahu untuk anda sesuaikan oven bila masak biskut raya moden ini sebab bila oven berlainan jenama, kadang-kadang oven anda lebih panas ataupun kurang panas. Jadi pembakaran kali pertama itu penting untuk kita ubah suai suhu.

Dah tahu camtu, jadi senang nak bakar untuk kali kedua dan seterusnya.

Ok tak 3 versin resepi biskut raya moden istimewa kami berikan pada anda kali ini ? Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom