Buang Angin Dari Badan Paling Mudah Untuk Wanita Dan Lelaki

6069

Salam semua para pembaca sekalian. Apa khabar semua? Harap semua sihat belaka ya. Saya baru-baru ini diserang angin dan sakit badan. Aduh! Bisa sungguh rasa. Sampai ke tulang. Malam-malam nak tidur  pun agak susah dan kurang nyenyak.

Kemudian, seorang sahabat saya ada kongsikan petua untuk hilangkan sakit badan, buang angin dan lawaskan sistem perkumuhan. Katanya, beliau dah mengamalkannya dan badan rasa ringan sangat. Anda semua kalau rasa sakit-sakit badan, bolehlah cuba mengamalkan petua ini. Moga dengan izinNya, sihat kita semua.

Buang angin dari badan

Bahan-bahan Jus Untuk Buang Angin Badan :

  • 2 batang serai (dititik)
  • 5 – 6 halia (dihiris)
  • 1 sudu besar halba
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 2 cawan air

Cara penyediaan jus buang angin dalam badan :

#1.  Ambil 2 batang serai dan basuh, kemudian titikkan (ketuk) dengan menggunakan anak lesung.

#2.  Seterusnya, seketul halia anggaran besar dalam 1 inci, dihiris nipis dalam 5 ke 6 keping.

#3.  Panaskan periuk di atas api yang sederhana, kemudian masukkan bahan yang telah kita sediakan bersama 1 sudu besar halba.

#4.  Jangan lupa masukkan 2 cawan air dan masak hingga mendidih atau hingga air menjadi 1 cawan sukatan.

#4.  Setelah siap, tuangkan air rebusan ke dalam cawan dan tambahkan 1 sudu besar pes asam jawa.

#5.  Sedia untuk dihidangkan. Boleh juga diminum suam atau sejuk.

Jus buang angin dari badan ini sangat elok diamalkan oleh lelaki dan wanita untuk badan yang sihat dan bertenaga.Terima kasih Puan Awekklate Nasir atas resepi nya.