Bubur Candil Keledek Best Dengan Rasa Lemak Santan.Kena Cuba

24201
Memang mudah nak buat bubur candil ubi keledek ni. Lepas tu makan pula bersama kuah santan yang lemak-lemak manis dan wangi aroma daun pandan.Best sangat

Hari ini kami mahu kongsikan resepi bubur candil yang bukan sahaja menarik tapi sangat mudah disediakan. Bubur candil ini dibuat daripada ubi keledek ungu. Dengan bubur kuah santan yang pekat, makan pada waktu tengahari dan diletakkan ais sedikit, itu gandingan mantap.

Nak rasa bubur candil warna warni pun boleh, guna ubi keledek ungu dan juga ubi keledek oren. Cantik la jadi warna dia.

Seeloknya gunakan santan pekat yang segar. Tapi kalau tiada, boleh je guna santan kotak.

BACA DI LINK BARU : Kuih Cincin Kuih Tradisi Sabah. Resepi Best Rangup. Sedapnya

Terima kasih kepada Puan Nor Haidah Mohd Said di atas sumbangan resepi bubur candil keledek yang super sedap ini. Dengan cara buat yang ringkas , memang sangat mudah dan menyelerakan. Nyummmm.

Memang mudah nak buat bubur candil ubi keledek ni. Lepas tu makan pula bersama kuah santan yang lemak-lemak manis dan wangi aroma daun pandan.Best sangat

Bahan Resepi Bubur Candil Tepung Gandum :

  • 1 kilogram ubi keledek ungu
  • 2 cawan isi jagung
  • 7-8 sudu makan tepung ubi
  • 500 ml santan pekat
  • 350-400 ml air
  • Secubit garam
  • Gula melaka / gula putih secukupnya
  • Dua helai daun pandan

Cara Buat Bubur Candil Warna Warni :

#1: Ubi keledek direbus hingga empuk, dikupas dan lenyek hingga hancur menggunakan sudu. Ketepikan hingga suam dulu. Sambil itu, didihkan air dalam periuk.

Ubi keledek yang telah suam tadi dimasukkan 7 sudu makan gandum dan diuli. Kalau masih lembik, masukkan sedikit lagi gandum hingga boleh diadun menjadi doh. Gentel bulat-bulat ikut saiz yang sesuai.

Bila air dah mendidih , masukkan doh bubur candil sehingga masak. Cara untuk tahu dah masak ke belum, ianya terapung.Angkat dan letak di bekas lain

Memang mudah nak buat bubur candil ubi keledek ni. Lepas tu makan pula bersama kuah santan yang lemak-lemak manis dan wangi aroma daun pandan.Best sangat

#2: Dalam periuk lain juga, masukkan santan bersama air, daun pandan, 1 sudu makan gula melaka dan secubit garam. Didihkan dengan api sederhana kecil. Bila dah mula mendidih, tutup api. Ketepikan.

Dah siap semua rebus bubur candil, masukkan doh ke dalam periuk yang mengandungi santan. Buka api semula dan masak .Sambil itu letakkan isi jagung.

Dah siap dan boleh dimakan dah .Memang best sangat. Nak makan bersama pulut ke, nak makan dengan ais sagat ke, semua boleh. Selamat mencuba resepi bubur candil ubi keledek ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom