Jagung Kukus Manis . Sedapnya Dibuat Makan Satu Keluarga

18391
cra buat jagung kukus , jagung kukus manis , resepi jagung kukus manis , jagung kukus cheese

Salam Ramadan 2016 . Untuk mencari kelainan , apa kata anda cuba resepi jagung kukus manis yang boleh dinikmati seisi keluarga tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membuatnya. 

Terima kasih pada Puan Aisyah Zaman untuk cara buat jagung kukus yang ditambah dengan cheese ini. Pastinya anak-anak dan keluarga kekenyangan menikmati jagung kukus manis lemak rasanya dan tidak memerlukan kos yang besar. 

Jom kita lihat bahan – bahan jagung kukus manis untuk kali ini. Anda perlukan

BACA DI LINK BARU : 5 Alat Berkualiti Menjadikan  Bulan Ramadhan Anda Berjalan Lancar

1 paket jagung mentah yang boleh didapati di pasar raya
2 keping cheese jika anda mahukan jagung kukus yang berkrim
1 sudu planta
2 sudu mayonis atau susu cair mengikut kesukaan anda
Garam gula secukup rasa

Jadi semua bahan – bahan jagung kukus telah anda sediakan , kita teruskan dengan cara penyediaan yang ringkas pula ya. 
.
Pertama , basuh jagung mentah , panaskan pengukus, lapikkan dengan kain kasa atau kain bersih , amsukkan jagung dan kukus sehingga masak. Tips untuk mengetahui butiran jagung mentan anda telah pun masak, warna asal jagung daripada kuning pudar menjadi bertukar kepada kuning terang. Anda boleh lah mencuba sebiji dan rasa sendiri adakah sudah masak atau belum.
.
Kedua , di dalam bekas lain , letakkan cheese dan juga planta . Kedua bahan ini yang menjadikan jagung kukus anda lemak berkrim disukai ramai. heee. Tidak perlu dimasak . Tuang jagung yang panas – panas itu kedalam bekas. Cheese akan mencair sendiri disebabkan haba.

BACA DI LINK BARU : Tips Lengkap Menulis Buttercream Di Atas Kek Yang Perlu Anda Tahu
cra buat jagung kukus , jagung kukus manis , resepi jagung kukus manis , jagung kukus cheese
.
Ketiga , masukkan garam gula secukup rasa mengikut tekak anda ke dalam bekas yang mengandungi jagung kukus tadi . Kacau sebati dan akhir sekali , tambahkan susu cair atau mayonis. 

Kacau sebati dan taraa … resepi jagung kukus manis anda telah puan siap . Sangat ringkas cara penyediaan tetapi bila disuapkan ke dalam mulut , segala rasa manis , lemak , berkrim bersatu di dalam mulut dan pastinya membuatkan anda menyuap untuk kali kedua.
.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.