Cara Buat Resepi Ayam Kicap Berempah Yang Pastinya Sangat Sedap

80994
Memang sedap sungguh bila masak resepi ayam kicap macam ni. Anak-anak duk puji mama dia pandai masak.Suka hati tengok anak ratah ayam berselera.

Anak-anak saya suka sangat lauk ayam , tak kira ayam goreng atau ayam masak merah, memang berselera diorang makan dengan nasi putih.Kali ni saya mahu mencuba resepi ayam kicap yang lain sedikit. Boleh la buat banyak pilihan untuk lauk anak dan suami kan.

Anak anda suka tak ayam kicap? Kalau nak cuba 3 Versi Ayam Masak Merah disini tau.

Nak buat sebijik macam resepi ayam kicap chef wan dalam tv tu , rasanya yang jenis ni lagi menepati citarasa kami anak-beranak.Lepas ni mana tau Chef Wan nak buat resepi ni lak kan.hee

Yang special untuk hidangan ni , sebab ada guna daun kari. Rupa-rupanya memang masuk aroma wangi dengan ayam kicap beserta rempah yang digunakan. So memang patut anda cuba resepi ayam kicap berempah yang simple ni. Jom tengok.

Bahan-bahan untuk resepi ayam kicap simple ni:

  • 8-12 ketul ayam,Sedap gunakan bahagian bertulang
  • 4 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia *
    Kesemua bahan bertanda ditumbuk.Jangan blend.
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1/2 sudu makan asam jawa.Ramas dan ambil airnya
  • Kicap manis Enaq ikut rasa
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 cawan air
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Memang sedap sungguh bila masak resepi ayam kicap macam ni. Anak-anak duk puji mama dia pandai masak.Suka hati tengok anak ratah ayam berselera.

Bahan yang menyedapkan kuah ayam kicap :

  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 4 biji lada merah/hijau yang besar
  • 10 helai daun kari

Cara masak resepi ayam kicap mudah :

#1: Goreng separuh masak ayam dengan garam. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Api kecil

#2: Masuk air asam jawa, air dan biarkan mendidih pecah minyak. Tambah gula garam serbuk perasa dan kicap .Sesuaikan rasa hingga sebati.

#3: Masukkan ayam dan gaul biar sebati. Tambah bawang besar, lada besar dengan daun kari. Masak hingga bawang layu.

Memang bertambah la makan dengan nasi putih. Tak perlu lauk lain dah. Cukup ayam kicap ni . Selamat mencuba tau.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Sumber :
Puan Fatilawati Mhd Ysn

Video Pilihan :