
Kebiasaan pada bulan puasa, kuih samosa ayam banyak dijual oleh golongan peniaaga bazar ramadhan . Kadang-kadang, samosa yang dijual tidak menepati selera tekak kan ? Apa kata kita buat sendiri samosa ayam kali ini . Jom tengok artikel Cara Buat Samosa Ayam Mudah Bergambar di bawah ini.
Bahan – Bahan Untuk Cara Buat Samosa Ayam Mudah Bergambar
- 1 ketul dada ayam
- 2 biji telur
- 1 biji keentang
- 1/3 lobak merah
- sedikit daun sup
- 1/2 biji bawang holland
Bahan – bahan di atas dipotong kecil – kecil dan dikisar mentah .
Selepas bahan dikisar dikeluarkan, tambah serbuk lada hitam , serbuk lada sulah serta perasa .

Kulit pastry yang dipotong memanjang 4 bahagian

Air tepung jagung ( sedikit sahaja sebagai gam )
BACA : CARA BUAT TEPUNG GORENG RANGUP
Cara Buat Samosa Ayam Mudah Bergambar
Pertama , letakkan kulit pastry yang dipotong memanjang 4 tadi dan isikan dengan isi ayam di bahagian hujung ( rujuk gambar )
Kedua , lipat samosa dengan cara lipatan tiga segi sehingga ke hujung .
Ketiga , letakkan sedikit air tepung jagung di bahagian hujung untuk melekatkan samosa .
Keempat , panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng. Jaga api supaya tidak hangit .
Memang senang kan ? Anda mesti cuba samosa ini di rumah tau .
Terima kasih kepada penyumbang resepi : By’t Zakaria
.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom