Cara Mudah Untuk Hasilkan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

112553
Nak hasilkan goreng pisang yang rangup atau yang banyak serdak ? Resepi ini mesti anda cuba . Memang sangat rangup walaupun hidangan dibiarkan sejuk.

Makanan bergoreng selalu menjadi pilihan untuk dijadikan snek ringan di waktu petang kan . Dengan kemunculan kedai menjual goreng pisang , cempedak, keropok yang semakin banyak di tepi jalan memberikan kita lebih banyak pilihan untuk memilih hasil yang kena dengan selera . Tapi sering kali goreng pisang yang dibeli tidak menepati citarasa sendiri . Kecewa ? Jom cuba Cara Mudah Untuk Hasilkan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup  . Mudah dan hasil memang terbaik.

Dah bersedia untuk hasilkan tepung celupan untuk pisang goreng sendiri yang rangup habis dan memang puas hati ? Jom tengok resepi.

Resepi Cara Mudah Untuk Hasilkan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Pisang/ keladi/ keledek dan juga apa saja yang nak digoreng.
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung pulut
1 biji telur
1 sudu teh kunyit serbuk
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Air secukupnya – ( suka serdak kurang – pekatkan adunan tepung , suka serdak banyak – cairkan adunan tepung )

Klik jika anda mahu kurus.
Klik jika anda mahu kurus. Ruangan baru akan dibuka tanpa menganggu resepi anda

Cara Penyediaan  Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Campur tepung pulut, tepung beras, kunyit, garam dan telur. Masukkan air dan bancuh hingga sebati dan bolehlah menggoreng.

Tepung ini akan kekal rangup selama berberapa jam walaupun sejuk. Tak percaya ? Mesti cuba kan.

Resepi ini diambil daripada Delihayat Kitchen.  Terima kasih kepada Delihayat Kitchen atas keizinan kepada pihak kami berkongsi Cara Mudah Untuk Hasilkan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup  . Semoga bermanfaat untuk kami sendiri dan anda juga .

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Resepi Cucur Udang Rangup
Resepi Kuih Cakoi Lembut

Resepi Kuih Apam Puteri
Resepi Mudah Kuih Cara Manis
Resepi Kuih Bingka Susu

Resepi Kuih Lompang Pandan

Resepi Curry Puff Lazat
Resepi Kuih Bom Kacang
Resepi Kuih Talam Suji
Resepi Kuih Talam Lapis Pulut Hitam
Resepi Kuih Talam Keladi

serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel