Cheese Cake Mini Paper Cup 

5715

Cheese Cake Resepi untuk(16 paper cup ) secara detail. Boleh tengok cara buat satu persatu. Nyummmy
Tq puan Mawar Wilsa atas resepi ni.

 ?Bahan A
✔ 125 gm cream cheese ~ sy guna brand tatura
✔   25 gm butter
✔   80 ml Fresh Milk / susu segar
✔   70 gm tepung gandum
✔     1 biji telur gred A
✔     5 biji kuning telur gred A

 ?Bahan B
✔     5  bj putih telur
✔   65 gm gula kastor
✔     1 sudu kecil lemon jus ~ sy guna cuka makan

 ?Cara-cara

1) Panaskan oven 150° C, letakkan dulang yg berisi air di rak bawah sekali …dan sediakan paper cup secukupnya.

 ?Adunan kuning telur
2) Double boil cream cheese + butter dan fresh milk hingga semua sebati .

3) Dalam bekas lain whisk kuning telur + 1 biji telur hingga creamy..

4) Masukkan adunan cream cheese tadi ke dalam kuning telur dan kacau sebati …  kemudian masukkan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

 ?Adunan meringue & cara membakar kek
1) Pukul putih telur hingga berbuih.. Kemudian masukkan lemon jus/ cuka masakan.. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul adunan hingga bertanduk. 

2) Masukkan 1/3 adunan meringue ke dalam adunan kuning telur dan kaup balikkan hingga sebati.. Masukkan lagi yg selebihnya dan kaup balik hingga semua sebati.

3) Masukkan adunan 90% penuh ke dalam paper cup

4) Bakar suhu 140°C selama 45 minit dan naikkan suhu 150°C selama 20 minit..api atas bawah.. Suhu bergantung kesesuaian oven anda.


** Please adjust the temperature and timing according to your oven*