Chocolate Brownies Kedut Cara Mudah Tetapi Lazat

6359

Pada yang mencari resepi brownies , apakata cuba buat mengikut resepi ni , pastinya berpuasss hati . Sedap nya kan.

Bahan :

400 gm coklat kompound – potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sudu kecil perasa vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* –

*satukan dan ayak

Cara-caranya

1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah ‘double boiler’. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Terima kasih Kak Shuhaini Shuhairi atas resepinya.