Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Belimbing

259
Ikan keli ni antara ikan popular lah.Banyak menu boleh dihasilkan daripada ikan keli ni.Kali ni kami berikan resepi ikan keli salai yang popular di Negeri Sembilan.Jom cuba.

Kalau sebut ikan keli, rata-rata mesti kenal.Ye lah kan,sebab duduk di bandar ni, ikan ni antara popular di kedai makan nasi campur.Sebut ja nak makan keli masak sambal,keli bakar air asam,keli goreng rangup,semua boleh buat.

Kalau di Negeri Sembilang pula, ikan keli ni lebih dikenali dengan nama ikan sembilang.Jadi kita iyakan je kan.

Ikan keli ni antara ikan popular lah.Banyak menu boleh dihasilkan daripada ikan keli ni.Kali ni kami berikan resepi ikan keli salai yang popular di Negeri Sembilan.Jom cuba.

Yang popular mestilah ikan keli salai masak lemak cili padi.Dengan rasa santan pekat dan aroma salai ikan, memang bertambah nasi.Kalau anda datang ke sini, antara tempat untuk mendapatkan produk salai yang popular seperti ikan sembilang,itik,ayam kampung dan daging salai, adalah jalan menuju ke Kuala Pilah.Rata-rata banyak gerai di tepi jalan yang menjual produk salai ni.

BACA DI LINK BARU : 3 Versi Ayam Masak Merah Untuk Anda Cuba Sendiri.Kami Suka No 3.Nyumm

Satu lagi di Pedas.Antara yang popular adalah di Kg Kundur,Pedas.Anda boleh cuba makan di satu restoran popular dan dapatkan produk salai sekali iaitu di Restoran Sabak.

Kalau jauh nak datang takpa,ikut je resepi ikan keli salai masak lemak cili padi yang best ni kami berikan di bawah.Dengan  campouran belimbing hutan dan pucuk paku, memang best.

Ikan keli ni antara ikan popular lah.Banyak menu boleh dihasilkan daripada ikan keli ni.Kali ni kami berikan resepi ikan keli salai yang popular di Negeri Sembilan.Jom cuba.

Bahan -bahan untuk ikan keli masak lemak cili api :

  • 5 ekor keli yang siap disalai
  • 1 cawan santan segar
  • 1/2 cawan air kosong ( sukat cawan sama )
  • 8-12 cili api ( ikut tahap kepedasan anda nak )
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai saiz kecil
  • 1 ikat pucuk paku
  • 5-6 biji belimbing hutan dibelah dua
  • Garam /serbuk perasa cukup rasa

Cara-cara penyediaan ikan keli salai masak lemak cili padi ni pula : 

#1: Oleh sebab kami beli yang dah siap ikan sembilang yang dah disalai, jadi senang la kerjanya.Tumbuk lumat cili n kunyit.Jaga mata elak dari tepercik bahan tumbuk.Serai pula dititik atau diketuk

Ikan keli ni antara ikan popular lah.Banyak menu boleh dihasilkan daripada ikan keli ni.Kali ni kami berikan resepi ikan keli salai yang popular di Negeri Sembilan.Jom cuba.

#2:Masuk santan ,air dalam periuk,serai dan  bahan tumbuk.Baru buka api dan tunggui  sampai mendidih .Gunakan api sederhan sahaja.Bila dah mendidih,tambah belimbing hutan tadi dan  pucuk paku,biarkan masak.

#3:Barulah dimasukkan ikan keli salai tadi.Masakkan sampai ikan lembik sedikit dan aroma salai dah mula bercampur dengan gulai. Letak garam dan serbuk perasa sikit.

Ikan keli ni antara ikan popular lah.Banyak menu boleh dihasilkan daripada ikan keli ni.Kali ni kami berikan resepi ikan keli salai yang popular di Negeri Sembilan.Jom cuba.

Kalau musim buah bacang, boleh masukkan juga hirisan buah bacang .Lagi sedap.Daun kunyit nak masukkan pon boleh.Pastikan kuah sedikit pekat barulah terasa lemaknya gulai ni.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom