Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Lebih Sedap Dari Makan Di Kedai

556
Sedapnya resepi ikan siakap 3 rasa ni.Kalau buat memang tak de beza dekat jual kat kedai cuma lagi jimat.Kami beri tips masak ikan siakap 3 rasa ni juga

Menu resepi ikan siakap 3 rasa memang menjadi pilihan para pengunjung restoran masakan panas terutamanya. Ada yang memenuhi selera dan ada yang tak menepati selera tekak.Dengan lebih minyaknya di dalam perencah 3 rasa dan juga penggunaan ajinoimoto yang terlampau banyak.

Kesian buat mereka yang mengidam mahu makan ikan siakap 3 rasa tapi dah lah tak sedap, terpaksa pula membayar dengan harga mahal.Oleh itu kami berikan resepi ikan siakap beserta dengan tips sekali untuk anda buat sendiri di rumah.

Untuk penyediaan cara memasak ikan siakap 3 rasa ni, ikan siakap mestilah dibersihkan dengan buang segala sisik dan darah untuk buang bau hanyir.Untuk cantik dan ikan garing, seeloknya belah dua yang dipanggil belahan butterfly.

Sedapnya resepi ikan siakap 3 rasa ni.Kalau buat memang tak de beza dekat jual kat kedai cuma lagi jimat.Kami beri tips masak ikan siakap 3 rasa ni juga

Tips untuk jadikan ikan siakap ni sedikit garing dengan isi tidak lembik, ikan perlu disalut dengan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Selepas sebelah ikan masak, baru diterbalikkan.

BACA DI LINK BARU: Resepi Ikan Siakap Stim Limau Dari Tukang Masak Restoran Thai

Jangan balikkan ikan terlalu awal untuk elakkan isi ikan melekat.Terima kasih kepada Puan Afy di atas sumbangan resepi ikan siakap ini.

Bahan Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai :

Bahan Perap :

  • 2 hiris halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 sudu teh kecil garam

Perapkan ikan 1/2 jam dengan bahan yang telah ditumbuk.

Selepas diperap, tabur rata 3/4 sudu makan tepung jagung di depan dan belakang ikan siakap untuk elak isi ikan melekat dan garingkan ikan. Goreng ikan dalam minyak yang panas dan banyak.Angkat setelah ikan garing pada kedua-dua bahagian.Terus letak atas daun salad yang telah dihias.

Bahan tumis Ikan Siakap 3 Rasa Istimewa :
  • 1/2 biji bawang merah- dadu
  • 1/2 biji bawang Holland- dadu
  • 2 ulas bawang putih – dadu
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 hiris halia- hiris memanjang
  • 3 tangkai cili padi merah
  • 1 tangkai cili besar hijau
  • 1 batang serai- hiris serong
  • 1 hiris nanas- hiris dadu

Bahan Kisar :

  • 1/2 biji bawang merah
  • 1/4 biji bawang Holland
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/4 sudu teh ketumbar& jintan putih
  • 2 hiris nipis serai
  • 1/4 hiris nipis halia

Bahan Lain :

  • 1 1/2 senduk cili kisar
  • 1 senduk sos cili Life
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh asam jawa + 3/4 air
  • 1 3/4 sudu makan gula
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu makan perencah

Sedapnya resepi ikan siakap 3 rasa ni.Kalau buat memang tak de beza dekat jual kat kedai cuma lagi jimat.Kami beri tips masak ikan siakap 3 rasa ni juga

Cara Masak Ikan Siakap 3 Rasa Versi Thai :

#1: Guna minyak baki goreng ikan siakap tadi dalam satu senduk makan.Masukkan bahan tumis ikan siakap kecuali cili dan nenas.Tumis hingga naik bau dan masukkan 1 senduk bahan kisar. Tumis lagi hingga naik bau dan sedikit garing.

#2: Tambahkan cili kisar dan masak dengan api kecil hingga pecah minyak.Baru masukkan sos cili,sos tiram dan air asam jawa. Kacau sekata dan biar sedikit mendidih sebelum perasakan ikut selera.

Sedapnya resepi ikan siakap 3 rasa ni.Kalau buat memang tak de beza dekat jual kat kedai cuma lagi jimat.Kami beri tips masak ikan siakap 3 rasa ni juga

Masukkan potongan nenas ,cili potong dan tutup api. Siap dicurahkan kuah ini atas badan ikan. Hiaskan ikan siakap 3 rasa dengan baki cili potong dan hirisan limau nipis. Memang terbaik resepi ni tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom