Ikan Tongkol Sambal Merah Merecikk

2000

Disebabkan kami berasal dari Kelantan , walau kemana kami bekerja , tapi tekak tetap dengan masakan Kelantan . Sebab dah biasa kan. Salah satu fav ialah ikan tongkol sambal merah.

Kalau di Kelantan, ianya lebih dikenali sebagai “Ikan Ayo” . Rasa di Terengganu ianya bertukar menjadi Ikan Aye . Tapi tak kisahlah , yang penting sedap. Antara masakan fav kami selain daripada kari , singgang ikan tongkol , mestilah masak merah atau lebih dikenali dengan nama goreng pedas .
.

Makan dengan nasi panas , fuhhhh…best. Ada juga yang makan dengan nasi lemak , tapi bagi kami , cukuplah dengan nasi putih. Dah menggiurkan . Kami berikan full resepi ikan tongkol sambal merah beserta video khas untuk anda. Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk banyak lagi video masakan yang akan kami beri .

BACA DI LINK BARU : Asam Pedas Terangkat Habis
Bahan-Bahan Ikan Tongkol Sambal Merah
.
3,4 ketul ikan tongkol rebus . Cara rebusnya masukkan ikan , garam sedikit, gula merah sikit , air setengah dari ikan . Api sederhana. Dan masak hingga air kering. Lepas itu goreng sekejap tuk garingkan bahagian luar.
4 sudu makan cili kisar 
1 bawang merah/sedikit halia/1 ulas bawang putih kisar
1  1/2 sudu makan gula merah / gula melaka
1 sudu makan asam jawa. Masukkan air sedikit dan perah
2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu serbuk perasa
Hirisan bawang holland / besar
Sedikit garam dan gula
Minyak untuk menumis
.
Ok bahan-bahan dah ada , jom kita tengok cara buat ikut video di bawah . Simple tapi menyelerakan. Antara tips yang boleh anda cuba , masak menggunakan api kecil sehingga bahan kisar pecah minyak , masukkan gula melaka/merah supaya warna yang cantik dan biasalah , kami suka manis sikit. hee.
.
Untuk elakkan ikan anda menjadi kering , tutup dengan penutup kuali anda supaya hasilnya cantik elok. Selamat mencuba tau .
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.Jangan lupa suscribe You Tube Channel kami.