Ini Cara Sukat Masak Nasi Lemak Untuk Niaga Atau Majlis Keraian

38369
Lepas ni dah senang la kan sebab dah ada cara masak nasi lemak walau 50-60 orang makan. Moga bermanfaat dan jimatkan masak masak nasi.

Baru-baru ni ada seorang jiran saya mulakan perniagaan kecil-kecilan di depan rumah. Pada waktu pagi, dia akan jual menu nasi lemak bungkus, bihun goreng bungkus, mi goreng bungkus dan beberapa jenis kuih-muih. Ramai orang Melayu sekarang yang rajin berniaga kan terutama surirumah. Alhamdulillah. Suka saya tengok.

Jadi, kali ni saya ingin kongsikan dengan anda semua cara masak nasi lemak  yang sesuai untuk dibuat jualan. Anda boleh jual nasi lemak bungkus ni dalam RM 1.00 – RM 1.50 untuk telur dan bilis. Kalau berlaukkan ayam, anda bolehlah lebihkan harga.

Untuk masak sambal atau ayam berempah, boleh Resepi Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Step By Step di sini tau. Sangat sedap.

Sukatan dan cara masak nasi lemak ni boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu tanak seperti biasa atau kukus. Kalau versi kukus, bolehlah anda namakan Nasi Lemak Kukus Sedap! Jom kita tengok cara-caranya.

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 10 orang

Bahan-bahan :

  • 1 kg beras
  • ½ kg santan pekat
  • 1 liter air
  • 1 sudu garam
  • Daun pandan

Lepas ni dah senang la kan sebab dah ada cara masak nasi lemak walau 50-60 orang makan. Moga bermanfaat dan jimatkan masak masak nasi.

Cara masak nasi lemak sukatan untuk 30 – 40 orang

Bahan-bahan :

  • 3 kg beras
  • 1 kg santan pekat
  • 3 liter air
  • 3 sudu besar garam
  • Daun pandan

Cara masak nasi lemak untuk 55 – 60 orang

Bahan-bahan :

  • 5 kg beras
  • 1 ½ kg santan pekat
  • 5 liter air
  • 5 sudu besar garam
  • Daun pandan

Cara penyediaan :

Tanak

#1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Lalu, anda bolehlah alihkan periuk ke dalam ‘rice cooker’ dan tunggu hingga nasi masak. Selepas nasi masak, kacau nasi tadi agar ia sebati dan berderai cantik.

Kukus

#1. Basuh beras dan toskan. Masukkan santan ke dalam periuk nasi bersama air, garam dan daun pandan. Didihkan hingga berbuih kecil. Kemudian masukkan beras dan kacau hingga sebati. Teruskan kacau nasi hingga nasi agak kering. Sementara itu, anda bolehlah panaskan periuk kukus. Apabila air periuk kukus mendidih, masukkan nasi tadi ke dalam periuk dan kukus selama 15 – 20 minit atau hingga nasi masak.

Resepi dah ada. Caranya pun dah ada. Jadi anda semua bolehlah mencuba ya. Sambil menjadikan ia sumber pendapatan. tapi boleh juga kalau anda nak masak untuk kenduri kecil-kecilan di rumah. Senang, mudah dan sedap. Tips : nasi lemak yang dimasak secara kukus lebih tahan lama, tidak cepat basi dan cantik. Anda jangan lupa mencuba ya.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Sumber :
Puan Fazniza Razali

Video Pilihan : Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah