Ini Resepi Donut Gebu Hanya Dalam 30 Minit Sahaja

41675
Resepi donut gebu ini memang sangat mudah dan memerlukan jangka masa yang singkat sahaja untuk siap . Jom kita buat resepi donut gebu ni.
Resepi donut gebu ini memang sangat mudah dan memerlukan jangka masa yang singkat sahaja untuk siap . Jom kita buat resepi donut gebu ni.

Resepi donut gebu ini adalah daripada Puan Noorastella Muhamma . Resepi donut gebu ini memang sangat mudah dan memerlukan jangka masa yang singkat sahaja untuk menghasilkan sekitar 130 biji donut yang gebu dan rangup pada luarannya un tuk 2kg tepung. Moga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit idea kepada anda jika ingin menambahkan pendapatan sampingan . Jom kita tengok langkah demi langkah untuk menghasilkan resepi donut gebu ini. 

Resepi donut gebu ini harus anda cuba sekali dan seterusnya akan membuat ianya berada dalam senarai kuih yang harus dibuat untuk apa – apa aktiviti di rumah anda.

Anda perlu ingat bahan – bahan yang dinyatakan di dalam resepi donut gebu ini adalah untuk 2kg tepung. Sila ubah kuantiti bahan yang digunakan untuk sesuaikan dengan berat tepung yang anda guna. Bahan yang diperlukan adalah 2kg tepung gandum , 1 cawan air dan ditambah lagi 1/4 bahagian cawan air , 1 sudu garam , 2 sudu gula, 3 sudu yis , 1 sudu makan baking powder dan 1 senduk nasi margerin yang penuh . Sila tengok gambar di langkah cara penyediaan resepi donut gebu ini untuk kiraan yang lebih tepat .  Untuk gula pula, hanya kisar halus gula biasa dan di akhir sekali barulah ditabur ke atas donut yang telah siap digoreng itu tadi.

BACA : Resepi Biskut Raya Red Velvet Untuk Raya 2016

Jadi semua bahan yang diperlukan untuk meembuat resepi donut gebu ini telah ada dan jom , kita ke langkah seterusnya iaitu masa untuk membuat donut gebu dan sedap ini .

Pertama , sediakan sebuah bekas atau besen. Masukkan tepung gandum , garam , gula , yis , baking powder dan margerin . Satukan semua bahan dan gaul sebati . Langkah ini penting untuk menghasilkan resepi donut gebu yang elok bentuknya . Rujuk gambar yang telah disediakan di bawah ini

Kuantiti sukatan untuk resepi donut gebu
Kuantiti sukatan untuk resepi donut gebu

Kedua , di dalam besen yang mengandungi bahan – bahan resepi donut gebu ini , tambahkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh yang sebati . Ingat , air yang ditambahkan hanyalah sedikit demi sedikit untuk mengelakkan doh menjadi terlalu lembik . Uli dengan tangan sahaja dan bila sebati , biarkan doh selama 5 – 10 minit .

Selepas doh menaik cantik sedikit , oleskan minyak masak pada tangan  sebelum membahagikan adunan donut. Ini bagi mengelakkan adunan doh yg sgt lembik tadi dari melekat pada tangan. Genggam sedikit doh dan picit keluar melalui lubang antara ibu jari dan jari telunjuk. Jika anda baru melakukan proses ini, size doh mungkin tidak sekata. Bila sudah berulang kali melakukannya, InsyAllah anda akan rasa senang melakukannya dan size doh akan sekata (sama besar). Ulangi sampai habis untuk resepi donut gebu ini. Selepas itu ,susun doh secara berjarak kerana doh akan mengembang. Lihat gambar yang disediakan.

Proses membuat resepi donut gebu
Proses membuat resepi donut gebu

Ketiga , bila sudah siap proses membahagikan doh , anda telah bersedia untuk proses menggoreng. Panaskan minyak dengan api sederhana sahaja. Jangan guna api yang besar untuk proses menggoreng ini. Ambil doh tadi dengan cara mencucuk doh sehingga tembus , buat lubang menggunakan jari dan masukkan ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas tadi, Goreng sehingga kekuningan .

BACA : Resepi Biskut Coklat Chip Untuk Raya 2016

Ini doh yang telah siap dan menunggu masa untuk digoreng . Memang best resepi donut gebu ni kan
Ini doh yang telah siap dan menunggu masa untuk digoreng . Memang best resepi donut gebu ni kan

Akhir sekali , donut yang telah diangkat dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi serbuk gula yang telah dikisar tadi . Goncangkan sebati supaya donut bersalut elok. Siap dan kami yakin , anda akan dapat donut gebu dan rangup. Memang berbaloi untuk anda cuba resepi donut gebu ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom