20000 Share Untuk Resepi Kuah Rojak Buah Ini . Anda Harus Cuba

72915

Sekarang musim buah kan , segala pokok buah mula berbuah . Lebat di hadapan rumah , pokok mangga . Alangkah sedapnya dimakan  dengan kuah rojak buah yang pekat dan ditabur kacang kan ?

Mahu resepi kuah rojak buah yang semestinya sedap lagi jimat lagi ? Kenapa tak jimat nya , semuanya anda buat sendiri . Baki kuah rojak buah boleh disimpan dalam peti ais dan diguna untuk pada masa akan datang ea . Apalagi , jom tengok cara buat kuah rojak buah yang pastinya menggiurkan ini.

Bahan – bahan kuah rojak buah ini kami sertakan satu persatu khas untuk anda ya. Ini bahan – bahannya :

  • 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
    300g gula melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 20 gram  belacan yang dibakar dan dihancurkan selepas itu 
  • 1/2 botol kecil sos cili dalam anggaran 100ml
  • 1 cawan  cili kering kisar
  • 3 sudu bijan yang disangai iaitu goreng tanpa minyak
  • 100 g tepung ubi dan dibancuh dengan air secukupnya lebih kurang 1 cawan air
  • 3 sudu kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak 

BACA DI LINK BARU : Resepi Cara Buat Kuah Yong Taufu Sedap
.
Ok semua bahan yang diperlukan untuk memasak sos kuah rojak buah dah tersedia , jom lah kita masak kuah rojak buah lak. Ok cara – cara untuk menyediakan adalah seperti di bawah 
.
Sedapnya kuah rojak buah ini

Pertama , goreng kacang tanah sehingga rangup pada api kecil.Ayak atau tapis kacang tanah yang dibiarkan sejuk .Tak perlu blend. Anda boleh tengok video tutorial yang kami sediakan di ats ini cara stey by stey ea.Sangai bijan sehingga kekuningan , biarkan dan juga bakar belacan serta tumbuk sehingga hancur .masukkan semua bahan yang dinyatakan di atas KECUALI bijan sangai,kacang tanah dan juga tepung ubi yang dibancuh tadi . Buka api perlahan dan masak sehingga kesemua bahan kuah rojak buah menjadi sebati dan mendidih.
.
Kedua , bila dah mendidih , rasa dan tambah apa yang perlu mengikut selera anda dari segi masin dan manis. Selepas itu , tuang sedikit demi sedikit tepung ubi yang telah dibancuh tadi sambil dikacau ke dalam adunan kuah rojak buah . Penting untuk anda sentiasa kacau untuk elakkan daripada adunan sos menjadi berketul – ketul.Jika adunan terlalu pekat, tambahkan lagi air sedikit atau kicap supaya warnanya cantik kehitaman dan sesuaikan rasa.
.
Ketiga , masak sehingga kuah menjadi pekat dan kelihatan licin menyerlah. Ketika ini , bolehlah anda masukkan bijan yang telah disangai tadi dan juga kacang tanah ke dalam adunan kuah rojak buah ini. Tinggalkan 1/3 bijan dan juga kacang tanah untuk dimasukkan sebagai hiasan nanti.Jika anda mahu rasa yang lebih pedas, boleh masukkan juga hirisan cili.
Sedapnya kuah rojak buah ini
Gaul rata dan tutup api  Biarkan sehingga sejuk dan simpan di dalam bekas tertutup di peti ais . Apalagi , hiriskan mangga , jambu merah, jambu batu, nenas atau buah pilihan anda dan tabur kacang tanah tumbuk serta bijan  mengikut selera anda dan kami yakin , memang habis togel la biji mangga dicicah dengan kuah rojak buah ni kan. Jika mahukan rasa masam, boleh ditambah dengan perahan air asam limau kasturi sedikit.
.
Selamat mencuba daripada kami , team dari dapur khas untuk anda semua. Jangan lupa untuk mencubanya.
Jom follow kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah.