Setiap wanita menginginkan tubuh yang cantik, ramping, berseri-seri dan awet muda. Terutamanya buat ibu berpantang yang telah bersusah payah melahirkan permata hati.
Ya lah kan, 9 bulan 10 hari membawa perut yang berisi satu lagi nyawa iaitu zuriat tercinta. Perubahan badan tak payah cakaplah kan. Kembang sana, kembang sini. Dengan kesan rekahan di perut lagi.
Kadang-kadang ibu berpantang ni susah sikit kalau nak amalkan sebarang jamu. Bukan apa, takut beri kesan pada bayi kita. Panas badan atau kuning. Ada juga jamu yang tidak sesuai sampaikan mengeringkan susu ibu. Aduhai, sayangnya. Jadi kali ni saya nak kongsi satu resepi jamu yang memang sesuai untuk ibu berpantang dan ibu menyusu. Silap haribulan, susu melimpah-limpah meriahnya.
Saya juga ada menulis 5 Persediaan Barang Bayi Pertama Untuk Ibu Bapa Sediakan di sini untuk anda yang menunggu cahaya mata buat pertama kali.
Bahan-bahan jamu untuk ibu berpantang ini :
- 7 sudu besar halba campur
- ½ sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu besar bunga cengkih
- 1 batang kayu manis ceylon
- 3 helai daun bay
- 5 kuntum bunga lawang
- Perahan lemon
- Madu lebah asli
- 2 liter air
Cara-caranya :
#1: Panaskan periuk kecil di atas api sederhana. Masukkan kesemua bahan tadi kecuali madu dan perahan lemon. Kemudian tambahkan air dan rebus hingga mendidih.
#2: Setelah itu, tunggu air kita sedikit suam, tuangkan ke dalam gelas. Campurkan bersama sedikti madu lebah asli dan perahan lemon. Kacau air kita mengikut arah lawan jam dan bacakan selawat dan niat untuk kesihatan diri. Insha Allah.
#3: Air ini boleh diminum 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan pada waktu malam sebelum makan. Baki dari air jamu kita tadi, anda bolehlah simpan di dalam peti sejuk.
#4: Setiap kali anda ingin minum, panaskan semula air jamu kita dan minum apabila suam. Terdapat pelbagai khasiat yang bagus untuk tubuh badan kita. Bukan saja sesuai untuk ibu perpantang dan menyusu, lelak dan wanita lain pun boleh minum. Bagus untuk peraliran darah yang baik serta membuang angin dan toksik.
Selain daripada itu, ada tambah bonus juga untuk anda. Air jamu ini boleh di jadikan tangas basah, boleh dibuat mandian herba dan juga boleh di jadikan untuk mandi sauna. 4 dalm satu kan.
Jom tengok khasiat herba yang digunakan ini ni :
CAMPURAN HALBA
– membersihakan perut.
– mencuci darah kotor
– mengurangkan kadar glukosa darah
– Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan.
– bantu penggunaan kalori untuk timgkatkan tenaga secara semulajadi
– bantu masalah kegemukan
– kuatkan fungsi jantung
.
KUNYIT
– mengawal kencing manis
– turun kan kolesterol
– merawat arthritis
– mencegah kanser
.
BUNGA LAWANG
– bagus untuk jantung
– hilangkan bau mulut
– mengubati cramp ketika datang haid
– atasi sembelit dan kembung perut
.
KAYU MANIS CEYLON (TRUE CONNAMON)
– satu satu nya kayu manis sebenar
– mengandungi kandungan coumarin yg amat rendah (0.017gm/kg) berbanding kayu manis cassia (0.31-6.97gm/kg)
– mengurangkan kolesterol
.
CENGKIH
– merawat masalah pernafasan
– membantu sistem pencernaan
– memanaskan tubuh
.
MADU
– meningkatkan antibodi badan
– manambah stamina
– cantikkan kulit
.
LEMON
– melancarkan pencernaan
– membersihkan darah
– memecahkan lemak di tubuh
– membantu meningkatkan stamina
.
BAY LEAF
– turunkan kadar gula dalam darah
– bantu sistem pencernaan
– bagus untuk jantung
– merawat demam
– redakan sakit sakit badan
– melancarkan darah haid
– mencantikkan kulit
Anda jangan lupa cuba ya.Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>
Video Pilihan : Kuih Bingka Pandan Sukatan Cawan