Resepi Japanese Cheesecake Sedap Yang Super Best

6690
Sedapnya japanese cheesecake dengan rasa lembut dan penuh rasa cheese. Guna pula pure unsalted butter, memang rugi anda tak cuba.Terbaik rasa kek nya.

Antara kek yang menjadi pilihan seisi keluarga ialah japanese cheesecake. Tak perlu nak digandingkan dengan topping yang pelbagai sangat ,cukup dibakar kosong camtu dan cukup sedap dah.Dengan rasa cheese yang cukup , ditambah pula dengan penggunaan pure butter, memang terbaik sungguh rasanya.

Bahan untuk japanese cheesecake ini tidaklah banyak dan rumit sangat,.Cuma keberhasilan sesuatu kek ini bergantung kepada teknik yang betul yang senang jika anda ikut satu persatu.

Seterusnya elakkan kek cheese anda daripada mendap, pembakaran tidak sekata, keras dan sebagainya.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Almond Coklat.Best Tapi Mudah Sangat Buatnya

Terima kasih kepada Tuan Fuad Ismail Iskandar di atas sumbangan resepi japanese cheesecake. Kalau anda nak menempah kek ini, boleh ke Fb beliau dan membuat tembahan.

Sedapnya japanese cheesecake dengan rasa lembut dan penuh rasa cheese. Guna pula pure unsalted butter, memang rugi anda tak cuba.Terbaik rasa kek nya.

Bahan Resepi Japanese Cheesecake :

Bahan A :

  • 60 gram tepung kek/tepung superfine
  • 20 gram tepung jagung
  • 250 gram cream cheese
  • 100 ml susu segar
  • 50 gram pure unsalted butter
  • 6 biji kuning telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar jus lemon

Bahan B :

  • 140 gram gula
  • 6 biji putih telur gred A
  • 1/4 sudu kecil cream of tartar

Cara Buat Japanese Cheesecake Sedap :

Bahan A :

#1: Asingkan kuning dan putih telur ke dalam bekas berasingan. Pastikan putih telur itu tidak mengandungi sebarang kuning telur walau barang setitik pun.Ketepikan.Guna kaedah double boiler untuk cairkan cream cheese dan juga pure unsalted butter serta ditambah dengan susu segar. Bila dah cair, ketepikan seketika.

Pukul kuning telur sehingga kembang dan masukkan adunan yang dicairkan tadi.Kacau sebati. Tambahkan tepung kek dan juga tepung jagung sedikit demi sedikit.

Tambahkan jus lemon,essen vanilla dan juga garam .Ketepikan seketika Bahan A ini.

Bahan B :

#1: Ini antara part penting yang akan menentukan japanese chesecake anda menjadi elok, mendap atau rosak.

Untuk proses meringue, masukkan putih telur dan kacau sederhana sehingga berbuih. Bila dah berbuih,tambah masuk cream of tartar. Naikkan kelajuan ke tahap sederhana laju dan perhatikan serta sentiasa periksa.

Bila dah mula terbentuk soft peak, terus tutup. Masukkan meringue putih telur sedikit demi sedikit ke dalam Bekas A tadi dan kaup balik satu arah sahaja. Jangan kacau. 

Masukkan adunan ke dalam loyang 8 inci. Kalau anda nak alas dengan baking paper pun boleh.

#2: Tadi ketika sediakan Bahan A, panaskan oven anda pada suhu 170’C selama 20 minit. Selepas itu baru turunkan ke 160’C. Masukkan air panas mendidih di dalam loyang besar dan letak loyang 8 inci tadi.

Bakar selama 60-70 minit secara kaedah water bath.Pastikan permukaan dah nampak cantik kuning.

Biarkan sejuk sikit dan keluarkan dari oven. Sejukkan betul-betul.Tak perlu terbalikkan dan bila kek dah sejuk, terus keluarkan dari loyang.

Sedapnya japanese cheesecake dengan rasa lembut dan penuh rasa cheese. Guna pula pure unsalted butter, memang rugi anda tak cuba.Terbaik rasa kek nya.

Dah siap dah japanese cheesake yang sedap. Kalau and anak tabur dengan gula pun boleh. Kalau nak makan kosong camtu pun sedap

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom