
Assalamualaikum dan salam sejahtara. Kali ini jom kita kenal 5 jenis keju yang digunakan untuk kek , pizza dan biskut yang sesuai. Untuk pengetahuan akak-akak, jenis keju yang sesuai akan menambahkan lagi kelazatan hasil resepi yang akak dapat di Daridapur.com atau di pages kami Resepi Kek & Puding. Jom kita tgk.
1. Krim Keju atau Cheese Cream
Krim keju mudah didapati di mana-mana pasaraya di negara kita seperti Tesco / Giant /Econsave . Ianya dijual di dalam bentuk kotak kecil . Akak cari sahaja ” Cheese Cream ” pada ruangan kotak. Krim keju adalah keju yang sudah ditambah dengan krim yang mempunyai kuantiti lemak susu hampir separuh dari berat bersih sekotak cheese cream . Terdapat dalam dua kategori iaitu double cheese cream = 65% susu dan yang biasa = 45% susu. Rasa nya sedikit masam.
Sesuai untuk di buat sapuan permukaan roti , inti tart /pie , di makan bersama buah-buahan dan kek keju seperti kek keju oreo
2. Keju Mozarella

Keju mozarella paling sesuai dan lazat apabila digunakan sebagai topping di atas lapisan pizza atau roti . Mesti akak pernah tarik pizza dan keju yang melekat seperti tali kan ? Itulah keju mozarella. Keju jenis ini sesuai digunakan kerana mudah mencair pada suhu tinggi .
Keju ini senang didapati di mana-mana pasaraya dan harga boleh dikatakan mampu milik serta bergantung pada jenama.
3. Keju Cheddar

Keju cheddar boleh dikatakan sebagai paling popular di negara kita . Ada yang suka letakkan kepingan keju cheddar di atas roti . Keju ini tekstur padat dan tidak mudah mencair . Oleh sebab itu, ianya sesuai digunakan sebagai topping di atas biskut , roti , pizza dan kek dan dalam pelbagai masakan.
4. Keju Parmesan
Keju parmesan biasanya bewarna kuning muda dan banyak digunakan dalam hidangan pasta . Jadi kalau akak nak buat pasta or makanan barat , seeloknya gunakan keju jenis parmesan ea. Keju ini dibuat daripada susu segar yang mengandungi protein yang tinggi serta penuh dengan karbohidrat , lemak dan zat besi . 100gram keju yang diambil setiap hari adalah 25% daripada keperluan kalsium yang akak perlukan untuk tulang dan gigi yang sihat.
Jadi akak-akak dah tahu kan jenis-jenis keju yang sesuai untuk pizza , kek dan biskut. Jangan salah pilih ye . Untuk Resepi Berasas Keju, akak boleh klik link resepi di bawah ini .
Oreo Cheesecake
Biskut Lapis Cheese
Kek Parut Cheese
Kek Keju Jepun
Itu antara senarai resepi yang popular di laman web kami .
Jangan lupa berkongsi artikel menarik ini .