Kari Ikan Merah Hanya RM35 Yang Power Terangkat Habis

573
kari kepala ikan kari ikan tanpa santan cara masak kari kepala ikan resepi kari ikan kari ikan resepi kari kepala ikan resepi masakan ikan resepi ikan resepi ikan merah

Di Malaysia, ada beberapa jenis resepi kari ikan yang anda boleh cuba.Pertamanya adalah kari biasa yang menggunakan santan yang lazimnya diguna pakai oleh orang Melayu.Kalau di sebelah pantai timur, kari dan gulai ikan sinonim terutama dengan orang Kelantan serta last sekali, kari cara mamak yang tidak guna santan tapi pekat dengan rempah serta bauan aroma kari.

Jadi untuk resepi masakan ikan hari ini, kami akan berikan anda cara hasilkan kari kepala ikan merah yang power ikut style mamak.

Tahu kah anda ?

Harga kari kepala ikan jenahak,merah boleh mencapai ratusan ringgit di kedai mamak yang manda anda boleh hasilkan pada kos yang minimum ? Kami beli kepala ikan merah saiz XL yang berat mencapai 900-1kg pada harga RM25 dan rempah serta bahan lain dalam anggaran RM 10 sahaja.Total RM35 tapi hasilnya setanding dengan di restoran tau.

JOM BUAT : Terbaik Kari Ayam Campuran Melayu dan India Ini. Anda Harus Cuba

Cara masak kepala ikan yang sedap ni anda boleh buat sendiri di rumah jika ikut satu persatu langkah dan semua bahan ada ya.Jangan skip .Nanti lari rasa kari ikan merah ni.Oh ya, kami guna kepala ikan merah.Sebab ini antara ikan fav kami.

kari kepala ikan kari ikan tanpa santan cara masak kari kepala ikan resepi kari ikan kari ikan resepi kari kepala ikan resepi masakan ikan resepi ikan resepi ikan merahJom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan  untuk masak resepi kari ikan tanpa santan ni.

  • 900-1kg kepala ikan merah atau ikan yang anda suka
  • 4 biji bawang putih dan 1 inci halia dikisar halus bagi dapatkan pes
  • 125 gram serbuk kari ikan jenama Babas yang dicampur dengan 2 sudu makan serbuk cili dan 1 sudu makan garam masala.Anda boleh cari garam masala di Family Store atau di pasaraya India.Campur tiga bahan ini ,tambahkan air bagi membentuk pes
  • 4 biji bawang merah yang diracik halus.Saiz 50 sen baru
  • 1 biji tomato bersaiz besar dipotong dadu
  • 1 1/2 sudu makan campuran jintan manis , jintan putih n halba yang telah disangai dan dikisar halus
  • 4-5 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan asam jawa dan campur dengan air
  • 1 liter air
  • Serbuk perasa ,garam dan  gula secukupnya
  • 1 cawan minyak masak
  • Terung/bendi/putik jagung/hirisan tomato

Untuk dapatkan rasa segar , anda juga boleh masukkan daun pudina ke dalam resepi masaka ikan ni pada akhir nanti bersama sayuran dan dikeluarkan semasa dah tutup api.

Langkah penyediaan cara masak kari kepala ikan merah yang power ni :

#1: Panaskan minyak dalam kuali.Ingat, jangan biarkan api besar yang boleh menghangitkan bahan tumis.Guna api sederhana kecil sahaja untuk menumis untuk keluarkan bau harum sahaja. Tumiskan jintan manis, putih dan halba yang telah disangai tadi sehingga harum semerbau baunya , masukkan pula pes halia bawang putih.Tumis hingga warnanya kekuningan

#2: Masukkan bawang merah , hingga naik bau dan masukkan daun kari bersama tomato yang telah dipotong dadu.Masakkan pada api sederhana kecil hingga tomato lembik.

kari kepala ikan kari ikan tanpa santan cara masak kari kepala ikan resepi kari ikan kari ikan resepi kari kepala ikan resepi masakan ikan resepi ikan resepi ikan merah#3: Tambahkan pes kari,serbukcili dan garam masala.Ini step yang penting.Pastikan kari dah pecah minyak di bawah untuk dapatkan rasa kari ikan yang betul-betul power.Jika minyak anda tidak cukup,boleh tambahkan.Elakkan kari hangit.Jadi guna api kecil sahaja ya.Jangan risau jika lapisan minyak banyak,kita akan buang nanti minyaknya.

#4: Bila kari dah pecah minyak berulang kali, barulah tambahkan air asam jawa bersama air kosong 1 liter. Besarkan api dan tunggu hingga mendidih.

kari kepala ikan kari ikan tanpa santan cara masak kari kepala ikan resepi kari ikan kari ikan resepi kari kepala ikan resepi masakan ikan resepi ikan resepi ikan merah#5: Bila dah mendidih,kecilkan api pada tahap sederhana dan masukkan kepala ikan merah tadi.Masak 1 bahagian 10 minit dan terbalikkan untuk 10-15 minit lagi bergantung pada saiz ikan yang anda gunakan ya.

kari kepala ikan kari ikan tanpa santan cara masak kari kepala ikan resepi kari ikan kari ikan resepi kari kepala ikan resepi masakan ikan resepi ikan resepi ikan merah#6: Sewaktu anda terbalikkan ikan , barulah masukkan sayuran yang menjadi pilihan.Bendi,terung,tomato,jagung.Perasakan dengan garam,gula serbuk perasa secukupnya

Yeah, akhirnya dah siap dah resepi kari kepala ikan merah yang power ni.Boleh la dihidangkan dengan nasi putih.Memang bertambah nasi la jawabnya.Selamat mencuba.

kari kepala ikan kari ikan tanpa santan cara masak kari kepala ikan resepi kari ikan kari ikan resepi kari kepala ikan resepi masakan ikan resepi ikan resepi ikan merahJangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>