
Sambil mencuba koleksi Resepi Kek dan Puding , apa kata anda cuba Cuka Epal untuk kesihatan anda.
PENTING – Gunakan Cuka Epal Yang Asli Tanpa Pewarna Tiruan
Jadikan amalan mengambil 2 sudu makan Cuka Epal bersama 200ml air mineral setiap pagi sebelum mulakan hari anda. ( Gunakan straw untuk elakkan enamel pada gigi anda ) . Jika perlu, tambah sedikit madu untuk diminum bersama jika anda tidak suka bau Cuka Epal
12 Kegunaan Cuka Epal Pada Kesihatan
- Sakit Perut – campurkan 2 sudu makan cuka epal makan bersama 200ml air dapat membantu mematikan bakteria dalam perut.
- Melancarkan Penghadaman – campurkan 1 sudu makan cuka epal + 1 sudu makan madu ke dalam 100ml air suam dan minum 30 minit sebelum makan.
- Sakit Tekak – campurkan segelas air suam dengan setengah sudu cuka epal dan minum setiap 2 jam sekali.
- Facial – Campurkan secawan cuka epal bersama dua cawan air dan isikan dalam bekas . Goncangkan . Ambil kapas/tuala cotton dan sapu pada kulit
- Rambut Bersinar – 2/3 kali seminggu . secawan cuka epal bersama dua cawan air dan isikan dalam bekas . Goncangkan dan guna selepas shampoo di rambut
- Kuruskan Badan – tingkatkan metabolism badan dengan amalkan 1 sudu cuka epal + 200ml air mineral dan amalkan setiap pagi.
- Nafas Berbau – Kumur dengan setengah sudu makan cuka epal dan secawan air setiap hari
- Kencing Manis – 1 sudu cuka epal dan 200ml air setiap pagi membantu mengawal paras gula dalam badan
- Selulit – Campurkan 3 nisbah cuka epal kepada 1 nisbah minyak Vitamin E dan urut pada perut 2 kali sehari
- Cirit Birit – Tambahkan 2 sudu makan cuka epal ke dalam 250ml air dan ambil 3 kali sehari.
- Membersihkan Rumah – Campurkan setengah cawan cuka epal dengan secawan air dan anda boleh guna untuk bersihkan bilik mandi, dapur, cermin . Sangat berkesan.
- Menambahkan Tenaga – campurkan 2 sudu makan cuka epal ke dalam 250 ml air sebelum bersenam / gym.