Resepi Kek Buah Kukus Yang Lembab Dengan Rasa Yang Lazat

3980
Salah satu kek kukus yang lembab dan fav kami , iaitu kek buah kukus. Walaupun kek ini dikukus , ianya tetap tahan lama dan sangat sedap dengan rasa buah.

Dah lama saya mencari resepi kek buah kukus yang betul-betul menepati selera.Bayangkan rasa kek yang lembab dengan sedikit likat dan lembab serta penuh rasa buah-buahan kering.Sangat membuka selera kan.

Saya ada terjumpa resepi kek buah sukatan cawan , tapi memandangkan untuk dapatkan hasil yang berkualiti dan sama serta perbezaan saiz cawan yang digunakan , jadi saya teruskan mencari resepi kek buah ini dalam sukatan yang tepat untuk hasil yang sedap.

Akhirnya, ada cara buat kek buah kukus ini di laman sosial kawan saya iaitu Puan Zaimah.Terus saya minta keizinan beliau untuk berkongsi di laman web ini dan tuk rujukan saya nanti.Terima kasih puan.

Ada dua jenis cara masak kek buah ini iaitu dengan kukus dan juga kek buah bakar.Tapi yang bakar tidak selembab yang dikukus sebab perbezaan proses masak.Jadi kali ini jom tengok versi kukus kesukaan saya. Untuk resepi kek kukus lain , boleh cuba Step By Step Resepi Kek Mentega Kukus Yang Awesome Gebu di sini.

Salah satu kek kukus yang lembab dan fav kami , iaitu kek buah kukus. Walaupun kek ini dikukus , ianya tetap tahan lama dan sangat sedap dengan rasa buah.

Bahan-bahan resepi kek buah kukus :

Bahan A

  • 300 gram gula pasir
  • 250 gram butter berkualiti tinggi yang tak masin seperti brand Anchor
  • 500 gram mixed fruit = kismis hitam , kismis perang , ceri ,dan sebagainya
  • 50 ml air panas

Bahan B

  • 350 gram tepung gandum*
  • 2 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu teh cream of tartar*
  • 1 sudu teh serbuk buah pala atau dikenali dengan nutmeg*
    ( Semua bahan-bahan ini diayak bersama 1-3 kali untuk sekata sebati )

Bahan C

  • 3 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla

Jadi semua bahan dah ada dan senang ja koleksi bahan nya kan.Jom kita tengok cara buat kek buah kukus lembab ni :

#1: Sediakan bahan-bahan A .Masukkan gula di dalam loyang/periuk dan guna api kecil untuk gula mencair dan bewarna keperangan .Proses sama menjadi karamel.Bila dah cair sepenuhnya, tutup api dan masukkan air panas perlahan-lahan.

#2: Buka api dan kacau semula.Masukkan butter dan teruskan kacai hingga dah cair barulah dimasukkan fried fruit tadi. Sebatikan dan ketepikan.

#3: Guna blender atau mixer, putar telur bersama esen vanilla sehingga kembang berbuih.Masukkan ke dalam  adunan mixer fruit tadi. Kacau rata dan tambahkan bahan ayak sedikit demi sedikit.Sebatikan.

Salah satu kek kukus yang lembab dan fav kami , iaitu kek buah kukus. Walaupun kek ini dikukus , ianya tetap tahan lama dan sangat sedap dengan rasa buah.

#4: Untuk tekstur kek yang cantik, guna loyang 8x3x3 .Sangat sempurna. Jangan lupa alas dengan baking paper atau parchment paper keseluruhan loyang. Pastikan paper tinggi daripada adunan kek supaya mudah dikeluarkan kek buah kukus kita nanti.

#5: Tuang adunan ke dalam loyang dan tutup bahagian atas dengan aluminum foil. Pastikan dah didihkan air dalam pengukus.Kukus 2 jam pertama dengan api sederhana dan 2 jam terakhir dengan api kecil.

Memang pasti lembab kek buah ini jika ikut cara dan tips yang disediakan.Selamat mencuba untuk buat kek buah di hari raya nanti

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>

Sumber :
Puan Zaimah Zakaria 

Video Pilihan : Resepi Kek Mentega