Resepi Kek Chiffon Pandan Gebu Mesti Cuba

18223
Kek chiffon perasa pandan yang gebu ini memang menambat selera . Resepi ini hanya memerlukan 60 minit dan pada suhu 165 'C bergantung pada oven akak.
Kek chiffon perasa pandan yang gebu ini memang menambat selera . Resepi ini hanya memerlukan 60 minit dan pada suhu 165 'C bergantung pada oven akak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur . Teringin nak makan kek pandan yang gebu ? Kami sediakan resepi kek chiffon perasa pandan yang sangat gebu ni khas untuk akak yang mahu hidangkan pada anak dan suami. Jom tengok cara penyediaan beserta resepi.

Kalau akak mahu resepi berasaskan pandan yang lain , boleh cuba Resepi Agar-Agar Pandan atau Resepi Kek Pandan Layer . Memang wangi keharuman daun pandan atau pewarna pandan kan . Untuk resepi kek chiffon ni pula, kami bahagikan kepada Bahan A dan Bahan B untuk mudahkan akak.

Bahan A 

Akak sediakan 6 biji kuning telur Gred  A sahaja , 2/3 cawan santan pekat  atau santan kotak , 2/3 cawan minyak mazola , 1/2 sudu teh kecil garam halus , 1 cawan gula pasir dan 1/2 sudu teh kecil pewarna pandan .

Untuk bahan yang perlu di ayak pula , 1 1/2 cawan tepung kek dan 1 sudu teh kecil baking powder. Ayak dan tapis bersama serta kacau bagi mendapatkan hasil yang sama rata.

Bahan B

Akak perlukan 6 biji putih telur Gred  A , 1/2 cawan gula pasir dan 1 sudu kecil krim tar tar. ( rujuk gambar )

Tips – Guna cawan yang sama untuk sukat 

Krim Tar Tar
Krim Tar Tar

Cara penyediaan pula adalah seperti berikut .

Untuk Bahan A , di dalam satu bekas, masukkan kuning telur , gula dan garam . Kacau menggunakan spatula kayu sahaja sehingga sebati. Tidak perlu sampai adunan kembang. Selepas itu, masukkan pewarna pandan , minyak mazola dan santan. Teruskan mengacau . Akhir sekali, masukkan tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Biarkan adunan setelah selesai.

Untuk Bahan B , pukul telur putih menggunakan hand mixer pada kelajuan maksima sehingga berbuih , masukkan gula, teruskan memukul , masukkan krim tar tar dan pukul lagi  sehingga kembang.

Tips – Pukul sehingga adunan kembang . Terbalikkan bekas dan adunan tidak jatuh. Itu penanda aras nya.

Selepas itu , masukkan Bahan B yang telah kembang ke dalam Bahan A secara kaup balik dan sedikit demi sedikit menggunakan spatula kayu sahaja.

Kemudian, tuang adunan ke dalam periuk lubang ( rujuk gambar ) dan akak tidak perlu sapu / alaskan dengan butter . Hentakkan dua tiga kali acuan dan bakar selama 45 ke 50 minit pada suhu 165 ‘ C mengikut kesesuaian oven akak.

Acuan berlubang
Acuan berlubang

 

Siap dah resepi kek chiffon pandan gebu ini.

Jangan lupa kongsi gambar yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Untuk resepi lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori Resepi kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih