Mudahnya Cara Buat Resepi Kek Coklat Kukus Lembab Sukatan Cawan

63910
Nak cara buat kek coklat kukus yang best dengan rasa lembab dan menjadi ? Cuba resepi sukatan cawan.Memang rasa moist sangat kek coklat ni

Terliurnya tengok orang duk tayang gambar kek coklat kukus kan.Menjadi elok kek nya nampak lembut dan basah dengan topping coklat panas. Apa kata buat sendiri ja lepas ni untuk buat makan anak beranak. Nanti mana tau orang ambil tempahan kek daripada anda. Rezeki tu.

Kami nak berikan anda resepi kek coklat kukus dengan sukatan cawan.Senang kan. Tak perlu risau apa-apa.Masukkan dalam bekas lepas tu kukus ja selama 60 minit dengan api sederhana.Bila dah masak nanti, terhasilah kek coklat moist lembab sebab dengan cara kukus, wap air yang membantu melembabkan kek.

Buat topping mudah coklat di atas dapur lepas tu siram ja ke atas bahagian kek, nampak sangat terliur kan dengan topping coklat meleleh turun ke bawah kek. Jom kita tengok resepi dan cara buat mudah kek ini.

Ada 2 versi, yang terbaru kek kukus coklat ni paling senang tanpa gunakan telur atau mixer, kami dah cuba buat dan memang sangat cair di mulut. Lihat video penuh yang sudah kami hasilkan ini untuk kek kukus coklat tanpa telur.

VERSI 1 : KEK COKLAT KUKUS TANPA TELUR TANPA MIXER

kek coklat kukus tanpa telur tanpa mixer
Bahan ayak A :

  • -1 cawan tepung naik sendiri
  • -1 cawan serbuk koko van houten untuk kek sedap tak pahit
  • -1 sudu teh baking powder

Bahan B

  • -1 cawan air panas yang betul-betul mendidih untuk dapatkan kek lembut dan lembab
  • -1/2 cawan minyak jagung/sayuran/masak tapi best jagung bagi CA
  • -1/2 cawan susu pekat manis
  • -1/4 cawan gula halus
  • -1 sudu teh esen vanilla – lagi sedap oil based yang warna jernih tu

Bahan topping coklat

  • -2 sudu makan butter – boleh guna marjerin buttercup pun takpe
  • -1 sudu makan susu pekat manis
  • -80 gram dark coklat.Kalau guna milk coklat tak perlu dah letak susu
  • -1/3 cawan susu segar

kek coklat kukus tanpa telur tanpa mixer
Cara-cara buat kek kukus coklat tanpa telur dan tanpa mixer ni :
.

Pertama: Masukkan air dalam pengukus , biarkan api besar untuk air mendidih.Terus ayak bahan-bahan A.Kalau nak cantik 2-3 kali suh dia rata tersebar elok.

Kedua: Masukkan bahan B dalam bekas besar. Mula kacau dan tambahkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit.Kacau manja dengan spatula

Ketiga: Sapu sedikit tepung+mentega pada loyang/ bekas untuk elak melekat. Tapis bahan-bahan seperti dalam video. Bila dah mendidih, terus kecilkan api. Api kecil untuk elak kek masak terlalu cepat dan sebabkan retak. Kukus 60-65 minit.

Keempat: Sejukkan dulu baru keluarkan kek.Masa untuk masak topping. Guna kaedah double boil masukkan butter/susu/choc.Bila dah butter cair masukkan susu segar. Kacau hingga cair.Jangan risau , bila dah sejuk nanti dia pekat likat terbaik.X nak pahit guna choc dari  brand van houten. Mahal tapi premium.

Kelima : Apa lagi , curah atas kek dan hias ikut suka. Cara camni buat kek coklat kukus ni rasa sangat lembab dan cair atas lidah tau
kek coklat kukus tanpa telur tanpa mixer

VERSI 2 : KEK COKLAT KUKUS DENGAN TELUR

Bahan-bahan yang diperlukan untuk kek coklat kukus moist mudah ini kami berikan dalam sukatan cawan ea.

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh ovalet
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh  baking powder
  • 2 biji telur grade A

Tips : Gunakan cawan yang sama untuk sukatan bahan-bahan kek ya. Selain itu , untuk dapatkan bahan yang sebati , ayak tepung lebih kurang 3 kali supaya baking powder dan soda bikarbonat berselerak rata ke semua bahagian kek.
Nak cara buat kek coklat kukus yang best dengan rasa lembab dan menjadi ? Cuba resepi sukatan cawan.Memang rasa moist sangat kek coklat ni
Dah baca kan tips atas ni kan,Oh ya, jangan lupa  follow kami di You Tube untuk koleksi resepi menarik yang mudah dan lengkap.Jom kita tengok langkah membuat kek coklat moist meleleh ni.

  • Mix kan telur, ovalet , esen vanilla dan gula sehingga sebati dan adunan menjadi kembang berbuih. Tambahkan susu pekat dan kacau lagi sehingga sebati barulah dimasukkan minyak jagung.
    .
  • Ayak tepung , serbuk koko, baking powder , soda bikarbonat sekurang-kurangnya 2-3 kali seperti tips di atas.Bila dah sebati masukkan sedikit – sedikit ke dalam bekas mixer sehingga habis. Kacau lagi dan tambahkan pula air panas sehingga habis.
  • Griskan loyang bersaiz 8 inci dengan sedikit minyak dan alaskan dengan baking paper.Panaskan air dalam pengukus sehingga mendidih dan barulah dimasukkan loyang.
    .
  • Kecilkan api kepada sederhana kecil dan kukus selam 50-60 minit. Jangan angkat tudung pengukus untuk elakkan kek menurun akibat perubahan suhu. Tutup juga penutup kukusan dengan kain tuala untuk elak wap air jatuh ke atas kek coklat.
    .
  • Bila dah masak angkat kek daripada pengukus dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan daripada loyang.

Cara hasilkan topping coklat untuk permukaan atas kek coklat kukus meleleh ni adalah dengan masukkan 2 sudu makan minyak jagung , 1/2 cawan air atau susu cair, 1/2 cawan susu pekat dan 1/2 cawan serbuk koko. 

Masak semua bahan ni guna api kecil dan sentiasa kacau. Lepas tu boleh la nak hias kek coklat kukus anda dengan kreativiti sendiri. Sama ada nak letak strawberi atau coklat parut .Semua boleh kan. </>