Mudahnya Resepi Kek Kukus Ombre Dengan Tips Ini

5126

Pernah dengar dan tengok kek kukus ombre selain pelbagai jenis lagi hasil corakan dan variasi pada kek seperti kek bercorak marble , berbentuk pelangi atau kek coklat versi kukus. Apa maksud ombre ni? Ok meh CA gtaw.

Dalam bahasa mudah , ombre ni bentuk corak pada kek atau icing yang menggunakan satu warna tapi banyak lapisan dari terang kepada cerah.

Contoh untuk resepi kek kukus ombre kali ni,CA gunakan warna ungu dan 3 layer sahaja. Lapisan kek pertama bewarna ungu terang,lapisan kedua cerah sedikit ,ketiga cerah lagi dan seterusnya. Camtu la. Nak guna 5-6 lapisan lagi cantik tau dan kek yang dihasilkan mesti dalam loyang tinggi untuk dapatkan hasil yang sebegitu.

resepi kek kukus ombre
Kek ombre ni berbeza dengan kek pelangi dari segi definisi warna dia tau.Jangan tersilap. Kalau kek pelangi dia menggunakan banyak lapisan juga tetapi guna warna yang berlainan.Kalau ombre ni contoh lapisan 1 = 5 titik pewarna, lapisan 2 = 4 titik dan seterusnya.

BACA DI LINK BARU :Video Resepi Kek Sarang Semut Step By Step . Mudahnya

Seperti biasa,jom tengok cara buat resepi kek kukus ombre dengan tips yang CA berikan agar hasil lebih menawan tertawan.

Bahan-bahan Kek Ombre 
Loyang 7 x 7 inci

  • 200 gram tepung gandum
  • 180 gram gula halus.Ini untuk manis-manis buah
  • 4 biji telur ayam gred A pada suhu bilik
  • 100 ml santan pekat .CA guna Ayam Brand
  • 100 ml minyak jagung
  • 1 sudu teh ovalette
  • 1 sudu teh essen vanila
  • 1 sudu teh baking powder
  • Pewarna ungu atau mana-mana yang korang nak.

Untuk lebih tepat dan sedap hasilnya, resepi kek kukus ombre ini bukan dalam sukatan cawan tapi gram supaya senang korang dapatkan kuantiti tepat.Cara buat pula jom tengok video di atas yang CA dah sediakan special tuk korang di atas tu . Sambil tu rujuk dengan langkah di bawah 

  • Didihkan air dalam pengukus terlebih dahulu. Biarkan. Ayak tepung dengan baking powder sekali supaya rata.Ketepikan.
    .
  • Masukkan telur ,gula dan ovalette dalam stand/hand mixer. Kacau hingga adunan kembang dan warnannya bertukar putih tau.Supaya gebu nanti kek.
    .
  • Masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit sampai habis.
    .
  • Tambah esen vanilla , santan dan minyak ke dalan adunan sedikit demi sedikit sambil kacau.Sampai sebati semuanya.
    .
  • Bahagiakan kepada tiga bahagian atau ikut kreatif nak buat kek kukus banyak layer pun.
    .
  • Masukkan pewarna.CA guna nisbah 2:1 untuk 2 layer pertama dan layer ketiga tak masukkan apa-apa warna .
    .
  • Gris loyang dengan mentega atau minyak dan bahagian bawah alas dengan baking paper.
    resepi kek kukus ombre

    .
  • Kukus lapisan pertama 13 minit pada api kecil ya. Tambah lapisan kedua dan sambung kukus 13 minit .Last lapisan sekali kukus 25 minit. Ingat api biar kecil dan penutup pengukus balut dengan tuala supaya air tak masuk dalam bekas.
    .
  • Biarkan sejuk dahulu baru keluarkan daripada loyang.Untuk dapatkan potongan kemas dan cantik , layurkan pisau dulu atas api dan baru dipotong tau.

Mesti lagi cantik hasil resepi kek kukus ombre akak lepas guna tips yang CA berikan ni ea. Jangan lupa suscribe kami di You Tube untuk koleksi tutorial kek dan masakan  menarik yang lengkap untuk korang buat rujukan.