Resepi Kek Lapis Horlick Cheese Kukus Sedap Tapi Mudah

5907
Sedapnya kek lapis horlick cheese yang dikukus dengan waktu yang secukupnya.Kek lapis jadi lembut dan lembab serta tahan lama.Guna cream cheese Tortura bes

Kalau pergi beraya di Sarawak jangan terkejut melihat kek lapis horlick cheese, kek lapis pandan, kek lapis cheese, kek hati parek, kek belacan , kek hati parek di atas meja hidangan.Sememangnya telah menjadi tradisi bagi orang Sarawak menyediakan hidangan ini kepada tetamu yang datang beraya.Selain itu juga, gandingan ideal adalah air gas atau air bikarbonat.Ya betul.

Pengalaman saya beraya ke Sarawak memang sangat seronok.Selain dapat makan pelbagai kek lapis kesukaan , sempat juga saya belajar beberapa teknik.

Nak buat kek lapis horlick pun sama rahsianya.Pastikan air dalam pengukus dah mendidih baru masukkan lapisan pertama.Selepas masak lapisan pertama, tekan dengan alat rata untuk padatkan kek.Anda boleh cari alat rata di kedai bakeri.

Sebab tu rasa kek lapis horlick dan juga kek lapis lain padat tapi lembut dan lembab.Ini semua hasil kombinasi cara penyediaan kek lapis itu sendiri dan jumlah masa untuk memasaknya.

Ada sesetengah kek yang dikukus hampir 8-10 jam.Antaranya kek belacan atau kek lumut.

Kalau tak habis jangan risau, kek lapis horlick cheese ni boleh simpan dalam peti dan tahan berbulan.Memang tak de masalah.Resepi kek lapis horlick cheese ini hasil sumbangan Puan Dayang Fatimah.Terima kasih kepada puan yang sudi berkongsi untuk anda cuba sendiri di rumah.

BACA DI LINK BARU : Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan Untuk Pelengkap Nasi Berlauk

Kalau terfikir di dalam kepala kenapa kek lapis walaupun padat tapi tetap lembut, salah satu rahsianya adalah penggunaan telur yang boleh dikatakan banyak daripada biasa.Contohnya untuk resepi kek lapis ini yang menggunakan loyang 7×7, 6 biji telur bergred A digunakan.Mana tak sedap tambah ada cream cheese lagi kan.

Bahan-bahan Resepi Kek Lapis Horlick Cheese:

  • 6 biji telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 250 gram cream cheese jenama Tortura
  • 250 gram butter
  • 1 cawan horlick
  • 1 cawan susu tepung
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit esen vanilla
  • Pewarna ikut pilihan

Tips : Untuk sukatan yang tepat dan betul, gunakan cawan metrik ya.Murah je di kedai bakeri.

Sedapnya kek lapis horlick cheese yang dikukus dengan waktu yang secukupnya.Kek lapis jadi lembut dan lembab serta tahan lama.Guna cream cheese Tortura bes

Cara Buat Kek Lapis Horlick Cheese Kukus  : 

#1: Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.Dalam bekas, pukul cream cheese, butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu pukul hingga sebati.Kemudian masukkan susu pekat gaul lagi sampai adunan betul-betul sebati baru masukkan horlicks, susu tepung, tepung gandum dan akhir sekali masukkan esen vanilla.

Adun sebati dan untuk cantikkan lagi tekstur kek lapis horlick ni, anda boleh tapis.

#2: Adunan yang siap ditapis tadi dibahagikan kepada dua bahagian.

1 bahagian warna asal
1 lagi bahagian dibahagi 3 warna mengikut pilihan hati.

Hanya tambahkan 2-3 titik pewarna sahaja bagi setiap adunan untuk mendapatkan kaler yang menarik.

#3: Alas lapisan bawah loyang 7×7 dengan baking paper untuk mudah keluarkan kek.Masukkan lapisan yang pertama dan kukus sekitar 15-30 minit mengikut ketebalan lapisan .Untuk dapatkan ketebalan yang sama , guna senduk yang sama saiz sahaja.Bila dah masak lapisan pertama, tekan ratakan sedikit sebelum masukkan lapisan kedua. Kukus lagi dan ulang hingga ke lapisan terakhir dan kukus 40-60 minit bagi lapisan terkakhir.

Sedapnya kek lapis horlick cheese yang dikukus dengan waktu yang secukupnya.Kek lapis jadi lembut dan lembab serta tahan lama.Guna cream cheese Tortura bes

Hasilnya anda akan dapat sebiji kek lapis horlick cheese yang bukan sahaja lembut tapi lembab dan sedap.

Oh ya kukus menggunakan api sederhana sahaja untuk elakkan lapisan kek menjadi berombak.

Dah siap sejukkan baru keluarkan dan potong.Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom