Kek Lapis Pandan Prune

3953


Bahan – Bahan

300 gm mentega
250 tepung hongkong
250 gm gula halus (sy pun guna 200 gm je)
200 ml susu sejat (*)
1/4 cawan air (*) – disatukan
1 paket santan serbuk
10 kuning telor
4 putih telor (gred A)
1 1/2 camca besar ovallete
1 camca teh pandan paste
buah prune secukupnya – belah 2

Cara-cara

1-Putar mentega hingga putih, ketepikan. Dalam mangkuk lain, putar gula dan ovallete hingga bergaul dan masukkan kuning dan putih telor dan pukul hingga kembang.

2-Satukan tepung bersama santan serbuk, gaul rata. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Masukkan mentega dan pandan paste. Gaul rata dan sebati. Ketepikan.

3-Panaskan oven pada suhu 175C, gunakan fungsi “grill”. Lenser tin berukuran 8x8x3 in dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.

4-Kemudian sudukan 5 sudu besar adunan kek ke dalam tin, ratakan dan grill selama 5 minit atau hingga kekuningan. Kemudian keluarkan dan tekan2 dengan penekan kek lapis dan sudukan 5 sudu adunan lagi, ratakan dan bakar lg. Buat hingga 4 lapisan.

5-Pada lapisan kelima sudukan adunan dan letak buah prun. Kemudian diikuti lagi 4 lapisan kosong dan yang kelima letak lg buah prun. Buat hingga habis dan pada lapisan terakhir pasang api atas dan bawah dan bakar lebih kurang 15 minit.