Resepi Kek Lumut Cheese Kukus Menawan Kalbu

22279
Sedapnya kek lumut cheese yang tak gunakan baking powder ni.Memang hasil original kek Sarawak. Kami berikan cara simpan kek lumut supaya tahan lama. Lapisan cream cheese pada bahagian tengah kek lumut memang betul-betul terasa.Selamat mencuba resepi kek lumut cheese ini.

Pernah makan kek lumut cheese yang dikukus dengan lapisan cheese di tengah-tengah memberikan rasa yang sangat sedap pada setiap kali suapan ? Hasil kek yang dikukus sempurna buatkan tekstur kek menjadi lembut dan digemari setiap lapisan.

Kek lumut ini mungkin mendapat namanya pada warna hijau dan bila dikukus, warna hijau tadi menjadi sedikit gelap,luntur.Kalau makin lama kukus, makin gelap dan lembab warna nya.Sebab itulah mungkin kek ini mendapat namanya.

Oleh kerana kek lumut cheese ini mengandungi cream cheese sebagai bahan utama, ianya tidak tahan lama jika tidak disimpan dengan betul.Untuk pastikan cara penyimpanan yang betul, anda digalakkan wrap kek atau balut kek rapat-rapat sebelum di simpan dalam peti ais.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Mentega Sukatan Cawan Yang Confirm Menjadi

Kalau hendak dimakan, keluarkan dan biarkan kek pada suhu bilik barulah dipotong. Jika anda makan sedikit demi sedikit, boleh la potong satu kek lumut yang siap dikukus kepada  bahagian besar dan dibalut berasingan. Keluarkan satu bahagian dan habiskan sebelum ambil bahagian yang lain.

Jangan biarkan kek disimpan begitu sahaja untuk tempoh masa 3-4 hari untuk elakkan kek menjadi kering.

Sedapnya kek lumut cheese yang tak gunakan baking powder ni.Memang hasil original kek Sarawak. Kami berikan cara simpan kek lumut supaya tahan lama. Lapisan cream cheese pada bahagian tengah kek lumut memang betul-betul terasa.Selamat mencuba resepi kek lumut cheese ini.

Resepi kek lumut cheese kukus ini adalah hasil daripada Puan Eiyjarn Aziean AnGah .  Jika anda teringin makan kek original Sarawak seperti kek lapis, kek hati parek , kek buah ,anda boleh order dengan beliau.Memang sangat kami rekomen .Original Sarawak.Lawat fb beliau dengan tekan link pada nama beliau ya.

Bahan Resepi Kek Lumut Cheese Kukus Bahagian Lumut  : 

  • 10 biji telur telur ayam
  • 450 gram butter/mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 200 gram horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong(diayak)
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 60 ml pandan pes
  • 1 cawan susu tepung
  • Sedikit esen vanila

Untuk resepi kek ini, gunakan sukatan cawan metrik ukuran standard untuk hasil yang mengagumkan ea.

Cara Penyediaan Bahagian Kek Lumut : 

#1: Pukul gula,esen vanilla dan mentega sampai kembang dan putih.Masukkan telur satu persatu.(masuk sebiji,pukul,masuk lagi sebiji,pukul lagi,buat sampai habis) pukul sampai sebati.Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.

#2: Masukan pula horlicks,susu tepung,pukul sebati lagi.Baru masukan tepung hong kong. Gaul rata guna senduk sahaja sampai betul-betul sebati.

Sedapnya kek lumut cheese yang tak gunakan baking powder ni.Memang hasil original kek Sarawak. Kami berikan cara simpan kek lumut supaya tahan lama. Lapisan cream cheese pada bahagian tengah kek lumut memang betul-betul terasa.Selamat mencuba resepi kek lumut cheese ini.

Bahagikan kepada dua bahagian dan guna loyang saiz 9X9. Kukus bahagian bawah hijau dulu dalam anggaran 30 minit ,baru kita akan lapiskan dengan  bahagian cheese mengikut resepi di bawah.Guna api sederhana ya.

Bahan Resepi Bahagian Cheese Kek Lumut Cheese : 

  • 750 gram cream cheese
  • 3 biji telur ayam
  • 4 sudu makan tepung hong kong
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1 cawan gula halus

Tepung hong kong mudah didapati di pasaraya mydin dan juga bakeri ya.

Cara Penyediaan Bahagian Cheese : 

#1: Satukan semua bahan di atas .Pukul sampai rata dan sebati.

#2: Lapis diatas bahagian hijau yg pertama tadi.Kukus sampai permukaan cheese masak dalam anggaran  minit,baru lapiskan dengan bahagian hijau yg terakhir.Kukus selama lebih kurang 2jam 1/2 lagi untuk keseluruhan kek masak.

Check air kukusan untuk elak kering. Untuk pastikan kek lumut cheese dah masak atau belum ,cucuk tengah kek dgn lidi.kalau lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.

Sedapnya kek lumut cheese yang tak gunakan baking powder ni.Memang hasil original kek Sarawak. Kami berikan cara simpan kek lumut supaya tahan lama. Lapisan cream cheese pada bahagian tengah kek lumut memang betul-betul terasa.Selamat mencuba resepi kek lumut cheese ini.

Anda mesti dah tahu kalau kek original Sarawak mesti tak guna baking powder, soda bikarbonat tapi bergantung kepada penggunaan telur dan juga tempoh waktu mengukus yang sedikit lama untuk jadikan kek lembab dan lembut.

Memang sangat premium rasanya.Selamat mencuba kek lumut cheese kukus ini.</>