Resepi Kek Marble Gebu Yang Mudah Tetapi Sedap

21392
Sedapnya bila buat kek guna resepi kek marble gebu ni.Memang puas hati tengok kek lembut sangat bila masak.Nak bakar kek marble ni guna suhu rendah je.

Resepi kek marble ini memang menjadi pilihan bagi mereka yang ingin membuat kek dengan cara yang senang tetapi kek yang dihasilkan sedap dan gebu.

Faktor utama yang menjadikan kek marble ini gebu adalah penggunaan tepung kek itu sendiri.Tepung kek berbeza dengan tepung gandum kerana telah dicampur dengan sukatan agen penaik sendiri ke dalam kek tu.

Selain itu adalah penggunaa ovalette.Bagi mereka yang tidak tahu mengenainya, boleh dapatkan info ini.

Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.

BACA DI LINK BARU : Resepi Gulai Ikan Tongkol Kelantan Untuk Pelengkap Nasi Berlauk

Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.

Ovalette menjadikan kek mudah mengental, stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak.

Jadi dah faham kan mengenai fungsinya. Boleh lah anda terus mencuba resepi kek marble gebu yang diberikan di bawah ini.Untuk kali ini, kek akan dibakar bukan dikukus.Untuk kek span sepert ini, suhu yang digunakan tidak boleh tinggi untuk mengelakkan cepat hangus pada permukaan kek.Guna sahaja suhu antara 150-160’C .

Bahan Resepi Kek Marble Gebu :

  • 4 sudu makan sedikit membukit butter dan dicairkan
  • 2 cawan tepung Kek Bluekey
  • 4 biji telur grade B
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sudu makan sedikit membukit ovelette
  • 2 sudu makan sedikit membukit susu tepung
  • 3 sudu makan  susu segar
  • 1 sudi teh esen vanilla
  • Pewarna kegemaran

Sedapnya bila buat kek guna resepi kek marble gebu ni.Memang puas hati tengok kek lembut sangat bila masak.Nak bakar kek marble ni guna suhu rendah je.

Cara Buat Resepi Kek Marble Gebu :

#1: Guna mixer mesin atau tangan ye.Masukkan semua bahan di atas kecuali pewarna dan juga butter cair.Mix kan semua bahan dengan kelajuan sederhana dan tingkatkan pada kelajuan tinggi sehingga adunan menjadi kembang dan bertukar warna kepada putih pucat.

#2: Bila dah gebu, baru tuangkaj butter cair yang telah sejuk tadi ke dalam adunan.Tak perlu guna mixer.Hanya kaup balik supaya sekata.Bahagikan kepada dua atau tiga bahagian.Masukkan pewarna 2-3 titik setiap satu dan kaup balik supaya rata.

#3: Panaskan overn terlebih dahulu dalam 10 minit.Guna loyang 9 inci dan alas dengan baking paper untuk elakkan kek melekat.Lepas tu masukkan adunan kek secara berselang seli. Guna senduk sama saiz untuk dapatkan corak kek marble yang cantik.

Sedapnya bila buat kek guna resepi kek marble gebu ni.Memang puas hati tengok kek lembut sangat bila masak.Nak bakar kek marble ni guna suhu rendah je.

#4: Bakar kek pada suhu 150-160’C selama 60 minit menggunakan api atas bawah.Dah masak telangkupkan kek sehingga sejuk dan baru dikeluarkan.Siap untuk dipotong.

Memang lengkap habis kan resepi kek marble kami beri untuk anda.Boleh lah anda cuba di rumah untuk hidangan kepada ahli keluarga.Senang.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom