Kek Marble Oren Coklat

13994
Memang lembut habis Kek Marble Oren Coklat . Cara buat yang mudah dan masa pembakaran hanya 30 minit. Jom cuba buat. Insyaallah puas hati taw.
Memang lembut habis Kek Marble Oren Coklat . Cara buat yang mudah dan masa pembakaran hanya 30 minit. Jom cuba buat. Insyaallah puas hati taw.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pengunjung dari dapur. Alhamdulillah, web kami semakin hari semakin mendapat tempat di hati pengunjung. Hari ini jom tengok resepi Kek Marble Oren Coklat . Menarik kan ? Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaan .

Sebelum bermula, disarankan anda membaca artikel ini untuk mempertingkatkan lagi skill anda.

6 Kesilapan Membuat Kek Yang Perlu Anda Elak 

Jom lihat bahan-bahan. Kek ini sangat harum baunya kerana ditambah parutan kuit oren taw.

Bahan-bahan Kek Marble Oren Coklat

2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur Gred A
1  cawan gula kastor
2 sudu makan susu pekat
1 cawan  marjerin
1 sudu makan oren emulco atau oren sunquick
1 biji parutan kulit oren
1 sudu makan choc emulco

Tips – Gunakan cawan/sudu yang sama untuk sukatan. 

Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.

Pertama , menggunakan hand mixer, pukul marjerin dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan memukul sehingga adunan menjadi kembang dan sekata. Selepas itu , masukkan tepung sedikit demi sedikit. Teruskan mengacau menggunakan hand mixer

Kedua , masukkan susu pekat dan kacau sehingga adunan sebati. Selepas itu , bahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama diletakkan oren sunquick , parutan kulit oren. Kacau rata. Bahagian kedua diletakkan choc emulco yang lazat tu. Kacau rata.

Ketiga , griskan  minyak pada permukaan loyang / acuan pembakar. Panasakan oven pada suhu 170’C selama 5 minit. Di dalam acuan, ikut kreativiti anda untuk memarblekan acuan.

Keempat , bakar pada suhu 170’C selaama 30 minit menggunakan api atas dan bawah. Untuk lebih cantik, tuangkan coklat hershey syrup sebagai topping. Lagi best rasanya. Siap.

Memang terbaik dan anak-anak suka taw resepi ni.

Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :

Kek Red Velvet Kukus Step By Step
Cheesecake Resepi Bergambar

Oreo Cheesecake Power Non Bake

serta banyak lagi ….

Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel