Kek Pandan Slice Cheese

1546

Bahan-bahan

(  Kek Pandan Slice Cheese saiz 20cm )

4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz B
beberapa titik esen vanila
Pewarna pandan

Cara-cara

-potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar

-kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

-masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

-asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

-didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul

-akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan Kek Pandan Slice Cheese tadi dan beberapa titik esen vanila serta pewarna pandan gunakan cara kaup balik supaya adunan rata.

-glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .

-bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit Kek Pandan Slice Cheese dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan Kek Pandan Slice Cheese yang elok teksturnya.

-hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek Kek Pandan Slice Cheese ini lembut dan ringan. Tak rugi mencubanya.