Kek Pisang Gebu Gebas Yang Mudah Untuk Anda Buat

2062
Kalau anda suka kek pisang gebu gebas, kami sarankan anda cuba resepi yang diberikan di bawah ini. Cantik nampak serat pisang.

Kalau anda suka kek pisang gebu gebas, kami sarankan anda cuba resepi yang diberikan di bawah ini. Cantik nampak serat pisang. Ada tips untuk dapatkan serat pisang camtu.

Tipsnya ialah anda perlu lenyek pisang satu persatu 2 jam awal.Maksudnya lepas lenyek, biarkan 2 jam dan barulah sambung buat ya. Jangan diblender pula kalau nak hasil camni.

Terima kasih kepada Puan Rossita Omar di atas sumbangan resepi kek pisang gebu gebas ni. Tak sabar nak mencubanya.

Kalau nak sedap, anda boleh guna pisang berangan, pisang emas yang betul-betul masak ya. Jom kita tengok resepi.

Kalau anda suka kek pisang gebu gebas, kami sarankan anda cuba resepi yang diberikan di bawah ini. Cantik nampak serat pisang.

Bahan Resepi Kek Pisang Gebu :

Bahan A :
  • 3 biji pisang berangan + 1 sudu teh garam .( Lenyek hingga lumat.Anggaran 1 cawan pisang )
Bahan B :
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 sudu teh baking powder.

Kesemua bahan di atas dalam Bahan B ini diayak bersama

Bahan C:
  • 3/4 cawan minyak masak.

Bahan D:

  • 3 biji telur A
  • 3/4 cawan gula pasir.
  • ½ sudu besar ovelet.
  • 1 penutup esen pisang.

Cara Buat Resepi Kek Pisang Gebu :

#1: Dalam bekas, masukkan bahan D dan guna mixer atau blender, kisar dan mix hingga betul-betul gebu dan bahan mulai menjadi putih.

Barulah masukkan bahan A,B dan C ke dalam bekas yang ada Bahan D. Kacau dan gaul semua supaya sebati menggunakan spatula. Kalau nampak pucat, anda boleh tambah pewarna perang sedikit.

Kalau anda suka kek pisang gebu gebas, kami sarankan anda cuba resepi yang diberikan di bawah ini. Cantik nampak serat pisang.

#2: Sementara tu, panaskan oven selama 10 minit pada suhu 160’C.Dah siap, oleskan marjerin di dinding loyang size 8 inci. Tuangkan acuan masuk ke loyang dan hiris pisang nipis serta susunkan ikut pilihan anda.

Bakar pada suhu 150’C selama 60 minit menggunakan api atas bawah tanpa menggunakan kipas.

Dah siap dah resepi kek pisang gebu . Selamat mencuba.

Selamat mencuba resepi best ni.Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom