Kek Pisang Kukus Gula Merah Yang Senang Tapi Sangat Memikat Selera

17015
Dengan rasa kenyal, rasa pisang masak dan rasa berlemak santan memang buatkan kek pisang kukus ini cukup menggoda.Harum semerbak selepas masak dikukus.

Kalau sebelum ni ada kami keluarkan banyak resepi kek pisang pisang kukus yang biasa, yang menggunakan pengisar, kek pisang bakar, hari ini kami nak beri satu lagi resepi kek pisang yang boleh dikatakan sangat sedap tapi senang je cara buat.

Kek pisang kukus kali ini menggunakan gula merah sebagai bahan utama selain pisang. Untuk mudahkan pemahaman anda, gula merah adalah hasil sampingan ketika proses gula putih tebu dihasilkan.

Yang bestnya, kami berikan video tutorial khas di bawah untuk anda cuba sendiri ya.

Ianya juga dikenali sebagai molases.Semakin gelap gula merah, kualitinya semakin baik. Antara kategori gula merah antaranya gula merah yang warnanya cerah dikenali sebagai Light Brown dan Dark Brown.

Perlu diingatkan kandungan air dalam gula merah adalah sedikit berbanding dengan gula putih biasa.Ini buatkan proses menjadikan gula hangus sedikit lama dan perlu pada api kecil untuk elakkan gula merah hangit.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Lemak Sambal TerbaikDengan Ayam Goreng Berempah

Kalau anda nak campur antara gula putih dan gula merah pun tiada masalah untuk resepi kek pisang kukus ni.Yang berbeza adalah hasil akhir.Jika 100% guna gula merah, kek pisang akan jadi sedikit kenyal dan sedap dimakan.Kalau ada campuran gula putih, ianya bertukar menjadi seperti kek biasa.Bergantung pada kuantiti gula tadi.

Untuk pisang, anda boleh menggunakan apa-apa jenis pisang tapi bagi kami , antara pisang yang sedap adalah jela berangan.Tapi sukar didapati jadi kami guna je pisang yang dijual di pasaraya.

Dengan rasa kenyal, rasa pisang masak dan rasa berlemak santan memang buatkan kek pisang kukus ini cukup menggoda.Harum semerbak selepas masak dikukus.

Bahan Resepi Kek Pisang Kukus Mudah Tapi Sedap :

  • 1 cawan pisang yang dilenyek
  • 3/4 cawan gula merah Dark Brown/Light Brown
  • 2 cawan tepung naik sendiri ( self raising flour )
  • 1/3 sudu teh garam
  • 1/2 santan pekat

Boleh guna tepung gandum tapi untuk kuantiti 2 cawan, anda perlu tambah 1 sudu teh baking powder dan 1/2 sudu teh soda bikarbonat ya. Lepas tu ayak supaya sebati semua bahan.

Anda boleh tengok video tutorial di bawah.Khas untuk anda kami sediakan.

Cara Penyediaan Kek Pisang Kukus Gula Merah :

#1: Lenyekkan beberapa biji pisang untuk dapatkan 1 cawan.Ianya bergantung pada saiz.Oleh sebab pisang besar, kami hanya guna 4 biji sahaja.Ketepikan. Panaskan non stick pan pada api kecil dan masukkan gula merah.Biarkan ianya cair.Ingat jangan sesekali kacau ketika proses ini ya.Nanti ianya rosak.

Bila dah bertukar menjadi gula hangit,tutupp api seketika dan  tuang santan tadi serta kacau jangan  berhenti sambil buka api semula.Bila dah sebati ,tutup api dan rehatkan seketika.

#2: Dalam bekas masukkan tepung,pisang lenyek tadi serta garam. Masukkan santan bersama gula perang tadi ke dalam bekas dalam dua kali sukatan. Jangan kacau tapi kaup balik ya hingga sebati.

#3: Untuk mudah keluarkan kek pisang kukus dari acuan, gris sahaja permukaan tepi dan dasar loyang dengan marjerin. Kami gunakan loyang empat segi 4X10 inci.Kalau anda guna loyang bulat,gunakan antara saiz 7-9.

Kukus adunan kek pisang selama 30 minit dengan api sederhana dan pastikan air telah mendidih sebelum masukkan adunan.Bila dah masak, keluarkan dari pengukus dan pastikan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.

Memang berbaloi resepi kek pisang kukus ini untuk anda cuba.Rasa kenyal, rasa berlemak dan rasa pisang memang memikat selera.</>

VIDEO TUTORIAL KEK PISANG KUKUS GULA MERAH :