Kempiskan Perut Dengan Jamu Homemade Ini . Sangat Berbaloi

28521
2 biji selepas sarapan dan 2 biji selepas dinner boleh bantu anda kempiskan perut serta membuang angin di dalam badan . Apa kata anda cuba jamu gentel ini.

Pernah tak orang sekeliling anda menegur kelihatan seperti anda mengandung ? Perut kelihatan kembung dan anda mahu cara kempiskan perut yang mengandungi angin tesebut ? Apa kata anda cuba jamu gentel buatan Puan Norliza Mohd Salleh ini.

Tak memerlukan proses yang rumit untuk mengempiskan perut , hanya menggunakan bahan yang mudah didapati dan senang dibuat , jadi ianya berbaloi untuk anda cuba.

Jom kita tengok bahan- bahan untuk membuat jamu mengempiskan perut dan membuang angin daripada badan ini. Anak dara , ibu boleh guna dan ambil 2 biji selepas sarapan serta 2 biji selepas dinner ya.
BACA DI LINK BARU : Jus Kurma Susu Berkhasiat Untuk Badan ?

3 cm halia muda
3 sudu makan halba
15 biji lada hitam
3 ulas bawang putih
.
Sangat ringkas bahan yang diperlukan untuk membuat jamu gentel ini kan. Tapi kebaikan nya sangatlah tinggi untuk mereka yang mahu membuang angin dan kempiskan perut. Jadi bahan dah ada , jom kita tengok cara-cara membuat jamu gentel kempiskan perut.
.
Pertama , tumbuk halba sehingga betul-betul hancur dan masukkan pula halia , bawang putih . Tumbuk lagi sehingga lummat dan masukkan pula lada hitam . Teruskan menumbuk sehingga semua menjadi sebati.
.
Kedua , gentel jamu anda bulat-bulat sebesar duit 5 sen dan jemurkan seharian di bawah sinar mentari . Dah siap jemur, simpa di dalam bekas dan ambil 2 kali selepas sarapan , 2 kali selepas dinner
.BACA DI LINK BARU : 12 Khasiat Lemon Yang Menakjubkan Terutama Membakar Lemak
Ibu mengandung tidak dibenarkan mengambil jamu kempiskan perut ini. Bf mom boleh ambil jika anak berusia 6 bulan ke atas . Seeloknya ibu yang melahirkan anak secara pembedahan digalakkan untuk membuang angin di dalam badan dan kempiskan perut . Selamat mencuba
.
Jangan lupa like fb page kami di sini : Resepi Kek & Puding . Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah di bawah ini ea Hantarkan resepi atau sebarang jemputan , pertanyaan kepada kami di info@daridapur.com ya.