
Khasiat Buah-Buahan Untuk Kesihatan Tubuh Badan
Salam dan selamat sejahtera warga dari dapur dot com. Kali ini, jom lihat artikel khas untuk kesihatan . Semoga bermanfaat selepas anda mengetahui khasiat buah-buahan di Malaysia dan seluruh dunia.
Buah Kiwi
Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.
Buah Apple
Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatka pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya, ia sebenarnya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku pembentukkan lemak dalam badan.

Buah Oren
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, postasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Sebiji oren segar bersaiz sederhana cuma mengandung 60 – 80 kcal kalori.
Walaupun oren mengandungi karbohidrat, tetapi ia merupakan karbohidrat sederhana yang terdiri daripada fruktosa, glukosa, dan sukrosa. Karbohidrat kompleksnya berupa serat makanan yang baik untuk kesihatan. Serat makanan ini akan mengikat khasiat-khasiat yang larut di dalam air sehingga dapat memperlambatkan proses pengosongan perut serta proses pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.
Buah Anggur
Kandungan vitamin C yang tinggi. Khasiat lain termasuk vitamin A, B1, B2 Mempunyai kalori yang rendah. Mengandungi 80 peratus air dan sumber yang bagus bagi kalium. Mengandungi phytonutrien, bahan aktif dipercayai melindungi badan manusia daripada bahan dan penyakit jantung.
Artikel Resepi/Tips lain yang boleh anda baca :
Cincau Membantu Rendahkan Darah Tinggi
9 Rawatan Tradisional Patut Anda Cuba
Rawatan Wanita Senggugut
Khasiat Air Detox
serta banyak lagi kami sediakan untuk anda.
Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .
Jangan lupa berkongsi gambar hasil resepi yang akak buat di inbox Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone – klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel