Kuih Cincin Kuih Tradisi Sabah. Resepi Best Rangup. Sedapnya

7300
Sedapnya kuih cincin Sabah ni. Dulu kalau nak makan, kirim kat kawan yang kerja sana. Sekarang dah ada resepi dan tips best, boleh la buat kuih tradisi ni

Sebut sahaja kuih cincin, terus terbayang kerangupan kuih tradisional popular dari Sabah ini. Uniknya kuih ini, ianya digoreng dua kali untuk dapatkan rasa rangup yang betul-betul best. Kalau dulu, nak makan kuih ini, terpaksa kirim kepada kawan yang bekerja,melancong ke Sabah, sekarang tak lagi.

Secara asasnya, kuih ini dibentuk daripada doh yang dicanai dan dgoreng dua kali. Untuk mencanai doh dan membentuk doh, boleh gunakan apa-apa cara dan benda. Asalkan dapat bentuk yang serupa. Boleh tengok gambar di bawah apa yang digunakan untuk membentuk doh kuih cincin Sabah ini.

Hebat dan kreatif!

Sedikit tips untuk dapatkan kuih cincin yang rangup dan sedap walaupun pertama kali anda buat ialah :

1- Sebelum mencanai doh, jangan lupa taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan di atas permukaan adunan doh. Ini untuk elakkan doh melekat disebabkan doh yang lembut.

2-  Sebelum menggoreng gorengan pertama, jangan lupa celup atau spray air pada adunan doh yang dibentuk sebelum masuk ke dalam minyak yang panas. Kenapa ?

BACA DI LINK BARU : Resepi Puteri Ayu Coklat Cheese Best Sangat.Gebu Lembut

Untuk dapatkan rasa rangup yang bukan sahaja di luar malah di dalam kuih cincin. Janagn risau takut minyak tepercik. Ianya biasa sahaja.

3- Anda boleh gunakan gula melaka atau gula merah untuk membuat kuih cincin ini. Nak sedap, gunakanlah gula melaka. Atau gula kabung. Pilih yang mana kena dengan selera.

Terima kasih kepada Puan Riena Eris di atas perkongsian resepi kuih cincin sabah yang best dan rangup ini. Lengkap boleh dicuba oleh kita semua nanti.

Bahan Resepi Kuih Cincin Sabah Asli :

  • 1 keping gula melaka saiz standard
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir/kastor
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 mangkuk/botol air untuk dicelup/dispray pada gorengan pertama

Bahan Resepi Gorengan Kedua Kuih Cincin :

  • 1 cawan tepung beras yang ditambah dengan air sehingga dapat kepekatan yang sesuai. Tak terlalu pekat tak terlalu cair.

Sedapnya kuih cincin Sabah ni. Dulu kalau nak makan, kirim kat kawan yang kerja sana. Sekarang dah ada resepi dan tips best, boleh la buat kuih tradisi ni

Cara Buat Kuih Cincin Kuih Tradisional :

#1: Dalam periuk, masukkan potongan kecil gula melaka bersama gula merah dan air. Masak dengan api kecil sehingga semua gula cair dan sebati. Ketepikan. Biarkan suam.Barulah dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi gula pasir,minyak masak dan garam.

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan doh yang lembut. Uli gunakan tangan atau mesin. Tiada masalah. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
#2: Ambil doh dan sapu tepung atas papan mencanai dan di atas doh. Mula canai hingga doh menjadi nipis mengikut ketebalan yang sesuai. Ambil cawan pengisar dan tekapkan ke atas doh bagi dapatkan bentuk bulat besar. Lepas itu tekap dengan apa-apa untuk dapatkan bentuk bulat kecil. Kalau ikut gambar , ianya gunakan acuan nozzle. Bijak kan.
Sedapnya kuih cincin Sabah ni. Dulu kalau nak makan, kirim kat kawan yang kerja sana. Sekarang dah ada resepi dan tips best, boleh la buat kuih tradisi ni

#3: Sambil terap, boleh la panaskan minyak dengan api sederhana. Dah siap terap, celup air atau spray air dan goreng dalam minyak yang panas.

Balikkan seketika dan terus angkat.Siapakan semua gorengan pertama.

Barulah masukkan balik dan celup atau curahkan adunan tepung beras untuk gorengan kali kedua. Goreng hingga masak.

Sejukkan dan boleh lah disimpan dalam bekas kedap udara. Dah siap dah resepi kuih cincin. Nampak je banyak step. Tapi mudah je. Anda boleh cuba. Sebab dah ada resepi dan tips lengkap.

Selamat mencuba resepi kuih tradisi Sabah ini. Sedap.

Sedapnya kuih cincin Sabah ni. Dulu kalau nak makan, kirim kat kawan yang kerja sana. Sekarang dah ada resepi dan tips best, boleh la buat kuih tradisi ni

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom