Kuih Dangai Kuih Tradisi Yang Best.Resepi 4 Bahan Sahaja

11430
Sedapnya kuih tradisi kuih dangai ni. Kami beri tips dan cara untuk hasilkan kuih dangai yang sedap. Senang je guna 4 bahan.Selamat mencuba.Menu minum petang

Kami mahu berikan resepi kuih dangai versi tradisi untuk anda cuba sendiri keunikkan rasa kuih ini. Dengan kuih yang melekat elok di antara tepung pulut dan juga kelapa parut,rasa garing di lapisan luar dan juga manis hasil daripada pembakaran memang menyelerakan.

Ada banyak versi kuih ini. Ada kuih dangai kedah, kuih dangai bakar arang lah dan macam-macam lagi.

Kalau nak hasilkan kuih dangai sedap, ikt je tips ini :

1- Gunakan kelapa parut sederhana muda. Jangan ambil lapisan coklat kelapa. Cukup lapisan putih sahaja.Elakkan guna kelapa tua. Nanti kuih rasa malar, rasa bersepah tak sedap.

2- Kalau nak lebih sedap, gunalah dapur arang.Buat macam bakar kuih akok. Letak arang di bahagian bawah acuan bakar dan bahagian atas. Aroma lebih memikat. Tapi itu leceh kan. Nak senang, gunakan oven je. Tiada masalah pun.

3- Perlu letak secubit garam untuk buatkan kuih rasa lebih lemak.

BACA DI LINK BARU : Resepi Apam Kampung Cantik Punya.Rasa Pun Best Tau

4- Untuk bagi kuih melekat elok dan tidak berderai bila masak, sapu loyang dengan minyak, oles rata. Baru masukkan adunan dan tekan padat supaya bercantum rapat.Itu tekniknya.

Sedapnya kuih tradisi kuih dangai ni. Kami beri tips dan cara untuk hasilkan kuih dangai yang sedap. Senang je guna 4 bahan.Selamat mencuba.Menu minum petang

Terima kasih kepada Tuan Akhmal Mustafa kerana sudi berkongsi resepi kuih dangai tradisi ini. Memang boleh la kami cuma lepas ni. Lama dah tak makan kuih ni.

Bahan Resepi Kuih Dangai Mudah :

  • 2 biji kelapa parut sederhana muda lapisan putih
  • 2 senduk gula putih. Bukan sudu makan. Tapi sukatan guna senduk nasi.
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan tepung pulut cap 3 gajah

Untuk cawan, nak senang dan tepat gunakan cawan penyukat metrik 250ml.

Cara Buat Kuih Dangai Tradisi:

#1: Dalam satu bekas, masukkan semua bahan di atas dan gaul sebati. Penting untuk pastikan adunan kuih tidak berketul ya.

Panaskan oven pada suhu 160’C selama 10 minit. Sambil tu, oles rata minyak ke permukaan bawah loyang dan dinding tepi. Baru masukkan adunan yang sebati tadi.

#2: Tekan manja dengan tangan atau sudu supaya adunan padat.Ini untuk elakkan kuih pecah dan berderai bila masak nanti.

Sedapnya kuih tradisi kuih dangai ni. Kami beri tips dan cara untuk hasilkan kuih dangai yang sedap. Senang je guna 4 bahan.Selamat mencuba.Menu minum petang

Bakar dengan suhu 145’C-150’C dengan api atas bawah. Letak loyang di tengah-tengah oven.Guna api atas bawah ya.

Dah masak boleh la potong.Potong panas-panas sewaktu ianya masih lembik. Dah sejuk, kuih dangai akan keras sedikit.

Minum bersama secawan kopi, memang syok habis kan.Mudah je resepi kuih tradisi ini. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom