Resepi Kuih Kapit Mudah Guna Acuan Trio. Memang Best Dan Senang

21073
Sedapnya makan kuih kapit kan.Rangup je. Tak berhenti tangan ambil satu demi satu. Kami berikan resepi dan tips penuh buat kuih kapit ni.Boleh letak inti best.

Kali ini kami mahu kongsikan resepi kuih kapit untuk anda cuba sendiri dirumah.Kalau zaman dulu, kita kapit dalam kepingan besi dan bakar di atas api sekejap, sekarang lagi mudah, anda boleh beli acuan kuih jenama Trio ini di Shopee atau Lazada.Dalam RM70.00 sahaja. Memang best kan kuih tradisi ini, rasa dia rangup dan kalau rajin, anda boleh masukkan intik nutella, coklat, kaya dan sebagainya.

Kalau tak nak masukkan, boleh je anda buat resepi kuih yang kosong.Tetap sedap dan ianya jadi pilihan utama emak-emak kita dari yang ada inti ni kan.

Senang je guna mesin acuan trio itu, panaskan dia,masukkan adunan kuih dan tutup. Bila lampu dah menyala, terus buka acuan , dan lipat kuih panas-panas dengan bantuan penyepit atau pisau kecil.Nanti bila dah sejuk , memang rangup sangat.

BACA DI LINK BARU : Resepi Cucur Jawa Cantik Elok Best Terbentuk. Dah Macam Topi Kan

Penyediaan adunan kuih kapit ini pula tak perlukan sebarang mesin canggih. Cukup sahaja dengan masukkan bahan ressepi ke dalam pengisar makanan atau blender. Lepas tu kisar je hingga sebati. Dah siap dah. Senang kan.

Terima kasih kepada Puan Siti Zahrah di atas sumbangan resepi kuih ini.Semoga puan sekeluarga dimurahkan rezeki.

Sedapnya makan kuih kapit kan.Rangup je. Tak berhenti tangan ambil satu demi satu. Kami berikan resepi dan tips penuh buat kuih kapit ni.Boleh letak inti best.

Bahan Resepi Kuih Kapit Rangup :

  • 200 gram tepung gandum
  • 80 gram tepung beras
  • 5 biji telur ayam size B
  • 2 sudu makan minyak masak.
  • 200 ml santan pekat kotak
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 500 ml air
  • Secubit garam

Anda perlukan Trio Egg Roll Maker untuk mudahkan hasilkan kuih kapit ini. Kalau rasa nak letak inti, boleh je sediakan jem buah, atau beli peanut butter dan sebagainya.

Cara Buat Kuih Kapit Sedap :

#1: Masukkan semua bahan ke dalam pengisar makanan dan kisar sehingga bahan sebati.Tak perlu hingga kembang.Kalau pengisar kecil,buat dua kali.

Tuang masuk ke dalam bekas. Kalau dah cantik tak terlalu pekat,ok dah tu adunan dia. Kalau nampak pekat,tambah air sedikit.

#2: Panaskan acuan dan gunakan senduk kecil,ceduk adunan kuih kapit dan tuang ke dalam acuan. Tutup acuan dan biarkan masak serta garing.Tengok pada lampu pada mesin. Ianya akan menyala.

Keluarkan kuih kapit dan kalau nak letak inti, letak pada waktu ini dan  terus lipat .Jangan tunggu lama nanti kuih garing.Terus simpan dan susun dalam bekas kedap udara. Dah siap dah kuih kapit best anda.

Sedapnya makan kuih kapit kan.Rangup je. Tak berhenti tangan ambil satu demi satu. Kami berikan resepi dan tips penuh buat kuih kapit ni.Boleh letak inti best.

Nanti boleh la buat kuih ini bila menjelang hari perayaan atau terasa nak makan kan. Senang je

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom