Resepi Kuih Kerbau Guling A.K.A Koleh Hitam Sedap

13883
TeriTeringin nak makan kuih tular kuih kerbau guling atau koleh hitam ni bleh tengok full resepi kami beri beserta tips.Nak dapatkan kaler kuih hitam camtu bukan pewarna kita guna tapi daripada bahan bakar ye.Memang sedap tak padan dengan nama kerbau guling.ngin nak makan kuih tular kuih kerbau terguling atau koleh hitam ni bleh tengok full resepi kami beri beserta tips.Nak dapatkan kaler kuih hitam camtu bukan pewarna kita gunatapi daripada bahan bakar ye.Memang sedap tak padan dengan nama kerbau terguling.

Tular di media sosial tentang satu kuih yang dijual di bazar Ramadhan Kelantan dengan nama kuih kerbau guling.Untuk anda dapatkan gambaran jelas,kuih ini dimasak di atas kuali dan dikacau dengan likat.Akhirnya diguling atau dilumurkan dengan kelapa parut yang menambahkan lagi rasa lemaknya.

Apa yang unik dengan kuih kerbau guling ni adalah penggunaan bahannya.Untuk dapatkan kelainan rasa dan tarikan utamanya adalah warnanya yang kehitaman dengan cara hasil pembakaran tempurung kelapa.

Secara umumnya kuih koleh hitam ni ada unsur-unsur rasa kuih kaswi cuma yang ni lebih lemak dan istimewa.

Untuk lagi sedap,gunakan kelapa parut daripada kelapa yang sederhana tua,serta masukkan sedikit garam dan gula untuk rasa lemak. Anda juga boleh gunakan salutan beras sangai yang ditumbuk jika mahu.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Kaswi Lembut Bergedik Senang DiBuat

Tapi anda jangan lak risau nak makan kuih koleh hitam sebab ni takut debu.Kita tak masukkan debu ke dalam adunan kuih ni tapi hanya ambil air dan ditapis.

Kalau nak cepat,guna je serbuk charcoal yang ada dijual di bakeri.Lagi senang kan.Sama juga tapis ambil air nya.

Kalau anda teringin nak merasa resepi kuih guling atau koleh hitam ini sebab berada jauh di Kuala Lumpur,boleh cuba resepi asli ni.

Bahan-bahan Resepi Kuih Kerbau guling :

  • 1/2 kg tepung beras
  • 2 liter air
  • 2 biji tempurung kelapa yang dibakar dan ditumbuk untuk debunya atau guna sahaja serbuk charcoal dalam anggaran 2 sudu makan
  • 1 sudu teh kapur makan
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 kilogram gula pasir
  • 1/2 kilogram kelapa parut
  • Sedikit garam / gula untuk masukkan ke dalam kelapa
  • Air extra
  • Berai sangai tumbuk jika mahu

Teringin nak makan kuih tular kuih kerbau terguling atau koleh hitam ni bleh tengok full resepi kami beri beserta tips.Nak dapatkan kaler kuih hitam camtu bukan pewarna kita gunatapi daripada bahan bakar ye.Memang sedap tak padan dengan nama kerbau terguling.

Cara Penyediaan Kuih Kerbau guling :

#1: Dalam bekas,gaul tepung jagung dan tepung jagung biar sebati.Masukkan air daripada ukuran 2 liter tadi sedikit untuk bancuh kapur makan dan juga dapatkan air tapisan debu tempurung yang dibakar.

Jangan dimasukkan debu selepas tapis.Ambil airnya sahaja.Boleh juga guna serbuk charcoal.

#2: Masukkan tepung ke dalam kuali,campuran air kapur ,air bancuhan serta baki air 2 liter tadi.Masukkan gula.Buka api sederhana dan mula kacau adunan koleh hitam ni sehingga mula likt dan bertukar warna. Tambahkan air sedikit jika terlalu pekat

#3: Bila adunan dah mula bertukar hitam,masak la tu.Tutup api .Alaskan loyang dengan plastik dan masukkan adunan tadi.Ratakan.Sapu permukaan atas dengan sedikit minyak untuk elak kering.

#4: Bila nak makan barulah digulingkan ke dalam salutan kelapa muda yang sitambah garam gula tu.Siap.

Teringin nak makan kuih tular kuih kerbau terguling atau koleh hitam ni bleh tengok full resepi kami beri beserta tips.Nak dapatkan kaler kuih hitam camtu bukan pewarna kita gunatapi daripada bahan bakar ye.Memang sedap tak padan dengan nama kerbau terguling.

Tips untuk dapatkan potongan cantik: Sejukkan terlebih dahulu kuih sebelum dipotong.Gunakan pisau plastik ya.

So kalau anda teringin nak makan kuih tular kerbau guling ni,selamat mencuba ya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom