
Salam warga pengunjung daridapur . Siapa yang suka dengan kuih tradisi ? Tapi sekarang untuk mendapatkan kuih sebegini hampir susah untuk mereka yang berada di bandar kan. Salah satunya kuih koleh kacang tahi minyak yang menjadi kesukaan saya .
Jadi kali ini , saya akan berkongsi Resepi Kuih Koleh Kacang Tahi Minyak Step By Step untuk anda yang mahu mencuba kuih tradisi seperti ini. Kuih koleh kacang tahi minyak ini bukanlah susah untuk dibuat tetapi memerlukan kesabaran dalam mengacau adunan sahaja dan untuk menghasilkan tahi minyak daripada santan kelapa. Jadi saya pecahkan kepada 3 langkah untuk anda faham dengan lebih jelas.
BACA : Resepi Kek Strawberi Mudah
Langkah 1 : Menghasilkan Tahi Minyak Untuk Kuih Koleh Kacang Tahi Minyak Step By Step
500 ml santan kelapa segar . Untuk tahi minyak yang cantik , anda disarankan menggunakan santan segar berbanding santan kelapa di dalam kotak .
1 sudu teh garam
Cara menghasilkan tahi minyak pula adalah masukkan santan dan garam ke dalam kuali non stick pada api sederhana , tunggu sehingga santan mula mengewap dan kering sedikit demi sedikit sehingga semua air daripada santan mengering . Selepas itu , kecilkan api dan apabila tahi minyak mulai terhasil , goreng sehingga kuning keemasan sahaja. Pastikan tidak hangit. Angkat dan toskan tahi minyak. Simpan minyak kelapa yang terhasil untuk digunakan dalam langkah 3 nanti.

Langkah 2 : Menghasilkan Air Gula Untuk Kuih Koleh Kacang Tahi Minyak Step By Step
200 gram gula perang – untuk koleh kacang yang menarik , gunakan gula perang yang kehitam – hitaman.
50 gram gula pasir
150 ml air
1 helai daun pandan yang disimpul
Masukkan semua bahan yang disukat dan daun pandan ke dalam periuk . Panaskan pada api perlahan . Apabila semua bahan larut, tutup api dan biarkan seketika.
BACA : Resepi Kek Lumut Hijau Kukus

Langkah 3 : Menghasilkan Koleh Kacang Untuk Kuih Koleh Kacang Tahi Minyak Step By Step

150 gram tepung kacang hijau – boleh lihat seperti gambar di bawah
200 ml santan segar
650 ml air
1 sudu besar minyak kelapa daripada Langkah 1
Air gula daripada Langkah 2
BACA : Resepi Cheesecake Mangga Tanpa Bakar dan Kukus
Satukan tepung kacang hijau , santan segar , air ke dalam blender. Selepas itu kisar sehingga lumat dan halus. Panaskan api pada tahap sederhana .
Masukkan adunan yang telah dikisar tadi bersama daun pandan dan air gula ke dalam kuali atau periuk . Sentiasa kacau adunan sehinggalah buih kecil kelihatan dan meletup pada permukaan.
Tambahkan minyak kelapa daripada Langkah 1 tadi ke dalam adunan . Kacau lagi sehingga masak . Proses memasak sekitar 35 – 40 minit untuk dapatkan koleh kacang tahi minyak yang betul-betul masak dan cantik .
Masukkan adunan yang telah masak ke dalam loyang atau bekas yang sudah dioles dengan baki minyak kelapa . Tekan adunan supaya padat dan tiada ruang udara.
Taburkan tahi minyak dan biarkan sejuk . Selepas itu boleh lah dipotong menggunakan pisau plastik yang telah dioleh minyak .
Sekarang anda sudah faham bagaimana membuat koleh kacang tahi minyak kan ? Selamat mencuba daripada kami .
Untuk artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke RUANGAN MENU kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH artikel resepi dan artikel tips serta info lain yang akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .
Jangan lupa berkongsi gambar hasil resepi yang akak buat di inbox Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding
Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone – klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel