Kuih Permata Zamrud Best Yang Sedap Untuk Anda Cuba

10153
Sedapnya kuih permata zamrud ni. ada lapisan santan dan bestnya ada inti kelapa. Memang sedap dan berbeza dengan kuih nona manis dan telaga emas. Boleh cuba

Kalau hari itu kami dah kongsikan nona manis, telaga emas, kali ini mahu beri resepi kuih permata zamrud. Haaa. Setiap satu kuih ada sedikit perbezaaan. Kalau nak tahu beza yang betul-betul setiap satu, jangan risau, boleh buat ketiga jenis dan makan satu persatu. Barulah tahu kan.

Tapi secara ringkasnya, kuih ini mengandungi inti kelapa dan dipenuhi dengan lapisan santan . Memang sedap lemak-lemak manis.

Kuih ini sama menggunakan acuan lompang dan untuk dapatkan saiz yang sekata dan sama, setiap doh dan inti ditimbang terlebih dahulu.

BACA DI LINK BARU : Bubur Candil Keledek Best Dengan Rasa Lemak Santan.Kena Cuba

Terima kasih kepada Puan Noraslinda Md Radzhi kerana sudi berkongsi resepi kuih permata zamrud yang sedap ini kepada kami semua. Boleh kami cuba nanti.

Bahan Resepi Kuih Permata Zamrud :

Bahan A Doh Hijau :

  • 500gram tepung pulut cap teratai
  • 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 7 helai daun pandan

* Daun pandan dikisar bersama dengan santan dan ditapis ambil jus santan. Masukkan ke dalam sedikit tepung dan uli hingga menjadi doh. Kalau tak cukup santan, tambah je seikit-sikit. Timbang doh seberat 12 gram setiap satu dan bulatkan.

Kita akan masukkan inti kelapa sekejap lagi.Ketepikan seketika.

Sedapnya kuih permata zamrud ni. ada lapisan santan dan bestnya ada inti kelapa. Memang sedap dan berbeza dengan kuih nona manis dan telaga emas. Boleh cuba

Bahan B Lapisan Santan Putih :

  • 3 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 3 sudu makan membukit tepung gandum
  • 3 sudu makan membukit tepung jagung
  • 1 sudu teh garam.

* Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati. Kalau nak kisar pun boleh. Lagi senang.

Barulah dimasak atas api perlahan dan dikacau hingga naik wap .Tapis tuang masuk ke dalam bekas.

Bahan C Inti Kelapa Permata Zamrud :

  • 1/2 cawan air
  • 1 biji kelapa parut lapisan putih
  • 3/4 cawan gula merah/gula melaka
  • 1 sudu makan gula biasa
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit tepung gandum

* Gula merah dicampur dengan gula biasa,air,daun pandan dan dimasak hingga gula larut. Barulah masukkan kelapa parut dan kacau hingga air hampir kering.Masak dengan api perlahan.

Barulah taburkan tepung gandum sedikit dan masak lagi hingga semua sebati dan kering. Siap.

Sedapnya kuih permata zamrud ni. ada lapisan santan dan bestnya ada inti kelapa. Memang sedap dan berbeza dengan kuih nona manis dan telaga emas. Boleh cuba

Cara Buat Kuih Permata Zamrud :

#1: Okay semua bahan dah ada, bolehlah didihkan air dalam pengukus hingga mendidih. Acuan kuih lompang pula disapu minyak.

Ambil doh hijau tadi seberat 12 gram dan dimasukkan inti kelapa seberat 5 gram. Bulatkan cantik-cantik dan masuk dalam acuan lompang.

#2: Bila air dah mendidih, susun masuk acuan ke dalam pengukus dan picitkan santan yang diisi dalam botol sos lebih kurang 3/4 daripada acuan.

Barulah kukus dengan api perlahan selama 10-12 minit. Dah siap dah kuih permata zamrud anda. Sedap beraroma.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom