Kuih Talam Keladi Mudah

19007
Salah satu kegemaran ramai orang, kuih talam. Cara penyediaan yang mudah tetapi rasa lemak talam keladi bersantan pasti membuat akak mahu buat resepi ini.
Salah satu kegemaran ramai orang, kuih talam. Cara penyediaan yang mudah tetapi rasa lemak talam keladi bersantan pasti membuat akak mahu buat resepi ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera . Hari ini resepi kuih talam keladi yang mudah disediakan. Kami yakin kuih talam ini menjadi kegemaran ramai orang dan ianya salah satu resepi yang patut di cuba . Jom tengok resepi lengkap di bawah ini.

Untuk membuat kuih talam keladi ini, akak bahagikan kepada dua bahan iaitu Bahan Lapisan Bawah dan Bahan Lapisan Atas . Untuk lapisan bawah , akak ikut seperti di bawah ini satu persatu ye.  

Bersihkan keladi dan potong kecil ataupun berbentuk kiub sebanyak 300 gram. Kukus atau rebus keladi  5 ke 10 minit sehingga empuk dan barulah ditimbang keladi kukus kiub tadi sebanyak  300 gram.  Asingkan seketika.

Di dalam satu bekas yang lain , bancuh dan kacau sebati  2 cawan tepung beras , 3 sudu besar tepung ubi , 6 sudu besar gula pasir, 700 ml air masak , 300 ml santan pekat dan akhir sekali  1/2 sudu teh kecil garam halus . Apabila semuanya sebati , akak tapis dan tuang ke dalam periuk untuk dibiarkan mendidih seketika bersama keladi kiub tadi. Selepas mendidih, ambil loyang empat segi , biasanya berukuran 10 inci x 10 inci x 3 inci , tuang campuran semua bahan dan kukus selama 25 minit menggunakan api sederhana.

Tips – Tutup penutup pengukus menggunakan tuala bersih untuk elakkan wap air menitik jatuh ke atas lapisan yang dikukus.

Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.

Apabila siap , biarkan lapisan bawak sejuk seketika. Untuk lapisan atas pula, bahan-bahan adalah seperti berikut dan menggunakan kaedah yang sama juga . Senang kan. Jom lihat.

Bancuh 1 1/2 cawan tepung gandum , 250 gram gula halus ( boleh kisar kering gula biasa ) , 3 biji telur gred B , 250 ml  santan pekat , 500 ml air masak dan sedikit  pewarna purple untuk kelihatan seperti keladi yang lazat rasanya. Bancuh kesemuanya sehingga menjadi sebati.

Apabila sebati , tuang ke dalam periuk dan masak sehingga sedikit mendidih . Apabila mendidih , tuang ke atas lapisan bawah yang telah sejuk tadi secara perlahan-lahan dan kukus lagi selama 30 minit.

Apabila masak, biarkan talam keladi akak sejuk seketika sebelum dipotong. Sangat mudah kan ?
Selain dari talam keladi , kami juga ada resepi lengkap untuk :

Resepi Kuih Talam Lapis Ubi Keledek Manis

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 


Untuk resepi lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori Resepi kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .