Kuih Talam Lapis Pulut Hitam Yang Sangat Sedap

6167
Kali ini ,kami bawakan kuih talam lapis pulut hitam. Memang sedap rasa lemak kuih talam dengan rasa empuk pulut hitam . Rugi tak cuba ni . Sedap kan.
Kali ini ,kami bawakan kuih talam lapis pulut hitam. Memang sedap rasa lemak kuih talam dengan rasa empuk pulut hitam . Rugi tak cuba ni . Sedap kan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur. Memang best kan kuih talam , banyak dah kami kongsi resepi kuih talam. Hari ini , kami nak kongsikan resepi kuih talam lapis pulut hitam yang sangat sedap dan mudah dibuat .

Resepi ini menggunakan loyang empat segi 7 x 7 inci . 

Jom tengok bahan dan cara penyediaan kuih talam lapis ni . Kami bahagikan kepada 3 bahan iaitu Bahan A, Bahan B dan Bahan C .

Untuk Bahan A , akak rendamkan 25 gram pulut hitam semalaman , cuci bersih beras pulut yang diremdam dan selepas itu rebus sehingga empuk menggunakan api sederhana. Akak toskan bersih – bersih dan ketepikan seketika

Bahan B pula , akak sediakan 250 gram gula halus ( boleh kisar kering gula biasa ) , 300 ml santan kotak atau santan biasa , 600 ml air masak , 1 sudu kecil garam , 1/4 sudu air kapur dan 2 helai daun pandan yang diikat reben .

Tips air kapur – Hanya ambil air kapur apabila kapurnya telah mendap di lapisan bawah dan tinggan air yang jernih sahaja.

Cara penyediaan pula, letak periuk di atas dapur menggunakan api sederhana , masukkan semua Bahan B dan biarkan larut serta sebati. Pastikan campuran menjadi sedikit panas/suam . Padamkan api dan ketepikan.

Bahan C pula, akak sediakan 100 gram tepung ubi , 100 gram tepung beras dan 100 gram tepung gandum.

Cara penyediaan pula, akak masukkan semua Bahan C ke dalam satu mangkuk yang besar dan masukkan Bahan B serta kacau sehingga semuanya sebati

Tips – Guna hand mixer/blender jika adunan berbiji atau x larut. 

Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.

Apabila siap, bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian untuk akak warnakan dengan warna kesukaan akak. Di sini , terpulang kepada akak untuk guna berapa warna berbeza.

Kami gunakan warna hijau dan warna putih sahaja yang asal . Untuk bahagian hijau , tidak perlu dicampur pulut hitam. Adunan pada bahagian hijau dibahagi pula kepada dua sukatan yang sama untuk senang akak tuang nanti.

Untuk bahagian putih pula, akak bahagikan kepada 3 bahagian dan campurkan dengan pulut hitam itu tadi.

Jadi sekarang akak mempunyai 2 bahagian hijau dan 3 bahagian putih. Sediakan loyang 7 x 7 inci dan sapu sedikit loyang dengan minyak jagung.

Masukkan lapisan putih yang pertama, tutup lapisan dengan aluminium foil dan kukus selama 5 minit.
Apabila masak , masukkan lapisan yang lain pula dan menggunakan langkah yang sama. Ulang sehingga semuanya selesai ke lapisan terakhir. Lapisan terakhir, akak kukus selama 15  minit.

Apabila masak, sejukkan dan potong dengan minyak plastik yang telah dilumur sedikit minyak jagung untuk elakkan daripada melekat dan potongan menjadi cantik.

Siap dah talam pulut hitam kali ni kan . Memag best dan kami gemar kuih talam.  Sila lihat resepi di bawah ini untuk kuih talam yang lain :

Resepi Kuih Talam Suji Sedap
Resepi Kuih Talam Keladi
Resepi Kuih Talam Ubi Keledek

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Untuk resepi lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori Resepi kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .