Kurangkan Sakit Gout Dengan 3 Bahan. Anda Mesti Cuba

5440
Petua hilangkan sakit gout

Anda semua tahu tak penyakit Gout tu apa? Selalu kita dengar warga tua sering diserang sakit Gout kan. Seorang bapa saudara saya pun kadang-kadang diserang sakit Gout. Kesian sangat bila tengok. Tak boleh berjalan. Bisa sungguh. Ibarat kaki dihempap bunga kaktus. Jadi saya ada suruh dia cuba satu petua yang saya dapat dari Facebook Cik Mil Neena. Alhamdulillah semakin berkurang sakit dengan izinNya.

Tapi sebelum itu, saya nak kongsikan dulu serba-sedikit info tentang penyakit ini dan kemudian, petua mengurangkannya.Saya juga ada menulis artikel tentang Wanita Yang Senggugut Teruk Harus Cuba Jamu Berkhasiat Ini. di sini untuk anda baca.

“Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu penyakit ini boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, ianyaboleh dikawal. Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. “ oleh Rieki-Malaysia.

Bahan-bahan jus :

  • 1 batang timun
  • 2 batang celery
  • 3 hirisan lemon (dibuang biji)
  • 1 gelas air

Cara penyediaannya :

#1. Basuhkan kesemua bahan dan potong kasar.

#2. Kisarkan bahan dengan 1 gelas air hingga lumat.

#3. Kemudian tapiskan air yang telah dikisar.

#4. Sedia untuk dihidangkan.

Air ini juga boleh diminum 2 kali sehari. Jus ini memang sedap. Malah tak rasa pahit langsung. Saya pun dah cuba. Selain itu, ia bukan sahaja dapat kurangkan sakit, malah mampu turunkan berat badan.  Bapa saudara pun makin menurun berat badannya. Anda semua cubalah. Semoga kita semua mendapat khasiat daripadanya. Insha Allah.

Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap.</>