Lompat Tikam Kelantan Istimewa Versi Pekat Dan Lembut. Bestnya.

3072
Sedapnya makan kuih lompat tikam kan. Hari ini kami berikan versi menarik kuih lompat tikam untuk anda cuba sendiri dan rasakan.Memang sedap sangat.Cubalah

Hari ini kami mahu kongsikan resepi kuih lompat tikam versi Kelantan yang sangat best. Kalau anda nak tahu sejarah kuih ini, jangan tanya. Sebab kami pun pening macam mana boleh dapat nama lompat tikam ni.hee

Versi kuih tradisional ini diolah sedikit daripada kebiasan terutama di bahagian lapisan hijau kuih lompat tikam.Biasanya ianya pejal sedikit tapi kami suka yang lembut tetapi pekat seperti dadih. Jadi terhasil la resepi ini.

Kalau anda tak suka,tiada masalah.Boleh terus buat dengan versi asal.Secara asasnya, kuih lompat tikam ada 4 bahagian utama iaitu pulut yang ditanak,lapisan kuih hijau daripada tepung beras,kuah santan dan akhir sekali ialah air gula melaka. Bila digabungkan barulah lengkap kuih kegemaran orang Kelantan khusunya.

Ada juga versi negeri lain yang tidak menggunakan pulut terutama versi Terengganu. Jadi anda boleh cuba versi mana yang digemari.

Terima kasih kepada Tuan Ben Safwan di atas resepi kuih tradisi ini.Semoga murah rezeki sekeluarga.Untuk sukatan, kami gunakan sukatan cawan penyukat 250ml. Hanya cawan ini digunakan untuk menyukat segala resepi kami.

BACA DI LINK BARU : Resepi Cucur Udang Rangup Lawan Sos Kacang,Best Sangat Aih.

Bahan Resepi Pulut Merah Kuih Lompat Tikam :

  • 1/2 cawan beras pulut
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 cawan air

#1: Rendam beras pulut dengan air dan 2-3 titik pewarna merah minima 2 jam. Toskan untuk kurangkan pewarna.

Masuk pulut dalam periuk,masukkan air dan buka api sederhana. Tanak pulut hingga mendidih,baru kecilkan api dan biarkan pulut kering sikit.

Sedapnya makan kuih lompat tikam kan. Hari ini kami berikan versi menarik kuih lompat tikam untuk anda cuba sendiri dan rasakan.Memang sedap sangat.Cubalah

Bahan Resepi Kuih Hijau Lompat Tikam :

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 susu teh essen pandan
  • 1/2 sudu teh air kapur makan

#1: Resepi ini akan hasilkan lapisan hijau pekat,beku di luar dan lembut di dalam.Kalau nak guna jus pandan pun boleh.Masukkan semua bahan dalam periuk,kacau dulu sebati baru buka api sederhana.

Sentiasa kacau hingga adunan mula memekat cantik,berkilat dan naik wap. Kecilkan api sedikit dan teruskan kacau ikut tahap kepekatan anda nak.

Bahan Resepi Kuah Santan :

  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam

#1: Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sebati.Buka api sederhana dan kacau hingga santan mula pekat.

Kecilkan api dan terus kacau hingga sampai tahap kepekatan yang anda inginkan.

Bahan Gula Melaka Untuk Kuih Lompat Tikam :

  • 1/2 cawan air
  • 1 helai daun pandan simpul
  • 2 ketul kecil gula melaka

#1: Panaskan sekejap air,masukkan daun pandan dan gula melaka. Kalau mahu cair sikit,guna air 1 cawan. Kalau mahu likat sedap,guna 1/2 cawan air.

Cairkan semua sehingga sebati.

Sedapnya makan kuih lompat tikam kan. Hari ini kami berikan versi menarik kuih lompat tikam untuk anda cuba sendiri dan rasakan.Memang sedap sangat.Cubalah

Cara penyediaan terpulang kepada anda.Kalau suka banyak pulut,letak banyak pulutnya. Tiada masalah asalkan sedap pada mulut.Selamat mencuba resepi kuih lompat tikam ini.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom