8 Makanan Diet Mudah Didapati Untuk Wanita Bekerjaya

2168
8 makanan yang mudah diperolehi ini pasti sesuai bagi diet padat wanita bekerjaya . Anda boleh cuba masukkan makanan ini dalam senarai diet harian.
8 makanan yang mudah diperolehi ini pasti sesuai bagi diet padat wanita bekerjaya . Anda boleh cuba masukkan makanan ini dalam senarai diet harian.

Bercakap mengenai makanan , ramai wanita bekerjaya yang mencari makanan diet yang sesuai dan senang didapati untuk diet seharian dalam memfokuskan penurunan berat badan . Jom lihat 8 makanan terbaik untuk diet yang kami himpunkan .

1. Kacang Hitam

15gram kacang hitam dalam rutin pemakanan semestinya aturan yang terbaik. Dengan kandungan protein yang tinggi dan tiada lemak, anda disarankan bawa bekal ke tempat kerja denagn resepi kacang hitam rebus.

2. Oat

Lewat pada waktu pagi dan tergesa-gesa ke tempat kerja ? Semestinya oat menjadi pilihan para wanita bekerjaya sebagai sarapan yang mudah , ringkas , rendah lemak dan senang disediakan. Oat juga kaya dengan fiber yang menjadikan ianya makanan diet yang super . Dengan hanya 4.5g , oat mampu meningkatkan metabolism dan membakar lemak

3. Buah Avokado

Dengan hanya separuh setiap kali diambil, buat avokado yang berkrim pastinya penuh dengan fiber dan protein untuk anda bawa ke pejabat sebagai snack tetapi dalam masa yang sama membakar lemak.

4. Buah Blueberry

Senang dibeli dan senang dibawa ke pejabat , semangkuk buah blueberry bukan sahaja menjadikan wajah anda awet muda, tetapi hanya 80 kalori dan 4g fiber yang pasti mengenyangkan anda di pejabat dalam membakar lemak di waktu petang ketika bekerja tetapi lapar mencari makanan untuk kudapan.

5. Broccoli

Sama ada dimakan mentah atau direbus , pastinya ini menjadi salah satu makanan diet yang paling berkesan. Bukan  hanya sebagai agen pembakar lemak, tetapi kandungan di dalam broccoli mampu mencegah kanser.

6. Beras Perang

Sebagai makanan utama ketika waktu lunch anda ,beras perang adalah salah satu karbohidrat yang membantu meningkatkan metabolism badan dan membakar lemak . Beras perang dipilih sebagai makanan diet mudah kerana ianya makanan yang mengenyangkan tetapi rendah kalori.

7. Buah Pear

Wanita bekerjaya yang mengambi 3 biji buah pear setiap hari sebagai salah satu makanan dalam rutin diet mampu menurunkan berat badan .Jangan dikupas kerana semua zat ada di sebalik kulit nipis itu .

8. Kacang Panggang

Mudah didapati dan penuh dengan tenaga , kacang panggang mesti dimasukkan ke dalam salah satu diet harian anda .