Marble Cheese Brownies Cara Paling Senang & Lengkap

22292
Sedapnya marble cheese brownies ni kan. Kami sediakan resepi ini step by step untuk akak mudah buat dan dapatkan hasil yang lazat.
Sedapnya marble cheese brownies ni kan. Kami sediakan resepi ini step by step untuk akak mudah buat dan dapatkan hasil yang lazat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pengunjung dari dapur. Alhamdulillah, web kami semakin mendapat perhatian dari anda semua. Hujung minggu seperti hari sabtu ini, memang ada masa nak mencuba resepi kek , puding kan. Apa kata hari ini kami berikan anda resepi marble cheese brownies dengan cara senang dan lengkap untuk akak-akak cuba dan sediakan kepada anak-anak serta keluarga. Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaan satu persatu.

Untuk mudahkan anda, kami bahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk brownies dan juga lapisan cheese ye 🙂

Tips – Kacau bahan menggunakan spatula kayu dengan tangan sahaja untuk mendapatkan brownies yang cantik. Tidak perlukan hand mixer 

Untuk brownies , akak perlukan 250 gram mentega , 1 cawan serbuk koko , 1 sudu kecil esen vanilla , 1 sudu kecil serbuk penaik , 1 sudu kecil baking soda , 1 1/2 cawan gula kastor ( senang didapati di pasaraya ) , 1 1/2 cawan tepung gandum , 1/2 cawan susu cair dan akhir sekali , 3 biji telur gred B.

Cara penyediaan pula adalah seperti ini.

Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.
Tekan pada gambar untuk ke halaman Pure Cambogia Extra Slim selepas ini.

Pertama , campurkan tepung gandum , serbuk penaik, baking soda , kacau dan ayakkan supaya mendapat hasil yang licin dan tidak berketul-ketul.

Kedua , panaskan periuk pada api kecik dan masukkan mentega . Apabila cair, tuang ke dalam mangkuk . Selepas itu , masukkan serbuk koko dan kacau menggunakan spatula kayu sehingga sebati.

Ketiga , di dalam mangkuk yang lain, masukkan gula dan telur, pukul sehingga gula hancur dan sebati. Selepas itu, masukkan ke dalam mangkuk yang mengandungi serbuk koko dan mentega tadi.

Keempat , masukkan susu cair  dan secara sedikit demi sedikit, masukkan pula bahan yang telah diayak iaitu tepung gandum, serbuk penaik dan baking soda serta kacau sehingga semua menjadi sebati. Akhir sekali, masukkan  esen vanilla. Semua ini dikacau menggunakan tangan sahaja

Tips – simpan sedikit acuan ini untuk digunakan sebagai corak di atas lapisan cheese nanti.

Kelima , tuang  campuran tadi ke dalam loyang bersaiz 10×10 yang telah dialaskan dengan baking sheet atau kertas minyak . Panaskan oven pada suhu 175’C selama 5 minit dan bakar menggunakan api di atas dan juga di bawah selama 20 minit.

Tips – Wajib guna baking sheet dan biarkan ianya lebih/keluar dari bekas untuk mudahkan brownies dikeluarkan. Percayalah, tips ini sangat membantu .

Bila brownies masak, sejukkan seketika.

Cara dan bahan penyediaan lapisan cheese pula adalah seperti berikut.

Anda memerlukan 250 gram cream cheese , 1 cawan gula kastor dan juga 1 biji telur Gred B.

Cara penyediaan pula , kacau cream cheese , gula dan telur sehingga gebu dan tidak berbintil . Pastikan adunan menjadi sebati.
Selepas brwonies sejuk seketika, lapisan adunan cheese ini di atas permukaan brownies, dan paipkan baki adunan brownies tadi ke atas permukaan lapisan cheese.
Pertama, gariskan secara melintang dan tarik menggunakan lidi. Rujuk Gambar .

Langkah piping dan melorek garis. Boleh ikut kesukaan serta kreativiti akak
Langkah piping dan melorek garis. Boleh ikut kesukaan serta kreativiti akak

Akhir sekali , masukkan semula acuan ke dalam oven dan bakar sehingga 20 minit lagi . Siap dah Marble Cheese Brownies Cara Paling Senang & Lengkap . Sejukkan dan potong 🙂

Tips – Gunakan pisau plastik dan telah disapu sedikit minyak untuk dapatkan potongan yang sharp dan kemas.

Untuk resepi lain menggunakan cheese, akak boleh lihat artikel resepi ini :

Tart Nenas Bertopping Keju Gebu
Kek Keju Jepun
Cheesecake Biskut Layer Tak Perlu Dibakar
Step By Step Buat Cheesecake

Jangan lupa berkongsi gambar  hasil resepi yang akak buat  di inbox  Facebook Pages Kami : Resepi Kek & Puding 

Untuk resepi lain yang menarik dan lengkap, akak boleh KLIK TAG di bawah post ini atau terus ke Kategori Resepi kami ye . Jika akak mahu cara yang senang, terus SEARCH resepi akak mahu di ruangan yang disediakan ye. Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .
Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di sebelah artikel