Mengidam Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik ?

6420

Salam dan selamat sejahtera untuk semua . Sejak kami menetap di Negeri Sembilan kerana bekerja di sini , menu harian juga mulai berubah sedikit demi sedikit dalam diet harian . Pucuk paku masak lemak cili api , keli salai , masak lemak cili api  , siput sedut masak lemak antara yang menjadi kegemaran. 

Apa yang bestnya , dalam perjalanan pulang ke rumah, deretan kedai yang dimiliki oleh penduduk kampung yang menjual hasil tanaman segar sentiasa menjadi tumpuan kami untuk dapatkan hasil hutan segar seperti petai , serai , pucuk paku , limau kasturi dan madu hutan . Semalam sempat singgah dan beli pucuk paku bersama telur itik . Terus terbayang dalam kepala kenikmatan rasa pucuk paku masak lemak cili api yang digabungkan dengan telur itik . Kecur mulutnya. 

Balik daripada taman , terus kami buatkan . Memang licin  seperiuk dihabiskan. Kami gunakan resepi yang ringkas sahaja tetapi hasilnya memang bertambah nasinya. Jom kita tengok macam mana resepi pucuk paku masak lemak cili api yang digabungkan dengan telur itik . 

BACA DI LINK BARU : Sambal Belacan Terbaik Step By Step

Tempoh memasak hanyalah sekitar 30 minit sahaja untuk pucuk paku masak lemak cili api yang digabungkan dengan telur itik ni. Jadi sediakanlah bahan – bahan tuk masak pucuk paku masak lemak cili api  seperti ini .

  • 15 biji cili api yang kami campurkan hijau dan merah
  • 1 ulas bawang merah bersaiz besar
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 batang serai bersaiz besar
  • 2 biji telur itik
  • 1 biji kelapa
  • Pucuk paku

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Siap semua bahan yang diperlukan untuk membuat pucuk paku masak lemak cili api yang digabungkan dengan telur itik ini , tumbukkan bawang merah , cili api dan juga kunyit hidup sehingga hampir lumat untuk bagi keluarkan segala perasa . Jangan takut untuk menggunakan banyak cili api untuk pucuk paku masak lemak cili api ini , kerana bila bertemu santan nanti , rasa manis akan keluar sendirinya. 

Serai tadi diketuk dan isi kelapa parut diperah bagi mendapatkan santan pekat . Kami tidak menggunakan santan kotak kerana lebih suka kepada bahan yang segar. Siap semuanya dengan bahan tumbuk , santan , serai yang diketuk , jadi panaskan periuk dan masukkan semua bahan ini . Senang sangat kan cara buat pucuk paku masak lemak cili api ni kan . 

BACA DI LINK BARU : Sambal Ketuk Jawa Memang Menggiurkan

Ingat , sentiasa kacau bagi elakkan santan pecah minyak dan gunakan api sederhana saja . Bila kuah lemak sudah mendidih , pecahkan telur itik tadi ke dalam mangkuk dan masukkan ke dalam periuk perlahan – lahan untuk mengelakkan daripada pecah . Tak lengkap pucuk paku masak lemak cili api jika tak guna pucuk paku. Masukkan sekali dan kacau sedikit. Kecilkan api . 

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Akhir sekali , perasakan dengan garam gula atau serbuk cukup rasa. Tutup api bila telur sudah masak dan siap pucuk paku masak lemak cili api yang digabungkan dengan telur itik ni. 

Memang membuka selera betul bila kami makan dengan telur dadar dan timun dicicah dengan sambal. 

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api
Pucuk paku masak lemak cili api siap !

Dipersilakan share kepada kawan-kawan anda dengan cara mudah ini .

Smartphone –  klik button FB di bawah
Laptop – klik button share di bawah