Menu Diet Yang Sedap Untuk Kuruskan Badan Tanpa Ubat Kimia

8581
Kami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicuba

Hey susahnya nak buat menu diet yang sesuai dengan diri dan masa kan. Badan dah naik bagai dipam, baju yang dulunya boleh kita ambil tanpa pilih hanya sekadar bergantungan di dalam almari disebabkan saiz badan yang hampir sekali ganda dah.

Siapa ada masalah ini sama seperti di atas ? Boleh lah teruskan pembacaan yang boleh berikan anda ilmu ya.Pelbagain cara nak kuruskan badan yang dilihat berkesan oleh ramai orang hingga ada cuba Diet Atkins , Diet Paleo dan semestinya ambil ubat kurus yang berlambak jualannya di media sosial.

Kami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicuba

Ada yang berjaya ada juga yang memberikan bahaya pada dirinya akibat kesan sampingan segelintir ubat kurus yang membawa kerosakan terutama kepada hati serta buah pinggan.

Ingin elakkan masalah sampingan yang membahayakan kesihatan kepada pengamal diet yang ingin kurus dengan cepat, kami berikan contoh menu diet yang disediakan oleh Puan Farihah Zulkifle.

Kami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicuba

Tips untuk kuruskan badan yang pertama adalah, makan 3-4 kali sehari TETAPI mengurangkan pegambilan karbohidrat dalam tubuh badan. Seeloknya anda kirakan dulu jumlah pengambilan yang sesuai untuk diri anda.Secara umum, kalori yang rakyat Malaysia perlukan sehari adalah :

Lelaki : 2000-2500 kalori
Perempuan : 1500-2000 kalori

Cara untuk kira setiap kalori dalam makanan harian atau makanan diet adalah :

1 gram karbohidrat bersamaan 4 kalori atau Kcal
1 gram protein bersamaan 4 Kcal
1 gram lemak bersamaan 9 Kcal

Contoh anda ambil sebiji telur rebus dengan kandungan karbonya : 0.3gram, protein 6 gram dan lemaknya 2 gram pada waktu sarapan sebagai salah satu hidangan untuk kuruskan badan,jadi anda telah masukkan kalori dalam badan sebanyak:

Karbohidrat : 0.3 x 4 = 1.2Kcal
Protien : 6 x 4 = 24 Kcal
Lemak : 2 x 9 = 18 Kcal
Jumlah : 46 Kcal

Ini adalah contoh pengiraan kalori .Jadi untuk diet kuruskan badan, anda boleh kira berapa jumlah kalori yang masuk.Ingat, jika kalori masuk kurang ke dalam badan.YEAH!Kurus!! dan kalau kalori masuk lebih,gemuk la.

BACA DI LINK BARU : Khasiat Air Detox Pada Tubuh Badan Yang Perlu Anda Tahu

Salah satu cara untuk kuruskan badan dengan menu diet adalah anda gunakan konsep suku-suku separuh dalam pengambilan makanan harian.

Selain itu pastikan juga makanan suku suku separuh anda menggunakan kurang minyak,  kurang gula dan garam.

1)Suku karbohidrat; nasi, roti, kentang, ubi, mee, spageti, bihun,etc

2)Suku protein; ikan, ayam, telor, udang, ketam, daging, etc

3)Separuh sayuran + buahan

Untuk minuman pula, elakkan minuman yang bergula putih sepanjang tempoh anda diet untuk kesan yang cepat pada tubuh badan.Elakkan juga makanan ringan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi.

Anda boleh minum air putih iaitu air mineral yang banyak dan untuk malam pula , ambil jus buah 1 gelas.

Ok contoh menu diet harian anda sepanjang tempoh kuruskan badan ini yang boleh anda cuba adalah :

  • Pagi 7 – 9 pagi : 2 keping roti wholemeal + 1 biji telur + 1 gelas air mineral
  • Tengahari 12 -2 ptg : Pilihan menu di bawah dengan konsep suku-suku separuh + 1 gelas air mineral
  • Petang : 4-5 : 1 mangkuk kecil salad buah bersama sayur + 1 gelas air mineral
  • Malam 6-8 malam : Sup sayur + 1 gelas jus buah

Jom kita tengok contoh menu untuk cara kurus dengan cepat dan selamat.Yeay!

Kami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicubaKami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicubaKami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicubaKami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicubaKami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicubaKami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicubaKami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicubaKami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicubaKami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicubaKami berikan menu diet yang boleh anda cuba di rumah untuk turunkan berat badan 3-5kg sebulan dengan cara sihat.Tips untuk kuruskan badan yang harus dicubaKesemua makanan diet di atas menggunakan konsep suku-suku separuh yang boleh anda cuba di rumah dan juga di tempat kerja.

Susah nak cari pinggan seperti di atas ? Anda boleh menggunakan konsep tapak tangan iaitu segenggam nasi putih atau karbo , ayam atau protein sebesar tapak tangan dan juga sayur-sayuran sebanyak satu setengah tapak tangan.

Semoga percubaan untuk kuruskan badan anda kali ini akan berjaya dengan contoh-contoh menu di atas.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom